top of page

PELAJAR PUO MELAWAT BPDGN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR DIPLOMA GEOMATIK, POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO) KE BAHAGIAN PANGKALAN DATA GEOSPATIAL NEGARA (BPDGN), JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 22 APRIL 2025


Satu sesi lawatan sambil belajar pelajar Diploma Geomatik, Politeknik Ungku Omar (PUO) ke Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) telah diadakan di Tingkat 6 & 7 Wisma JUPEM pada 22 April 2025. Lawatan pelajar diketuai oleh 2 orang pensyarah iringan iaitu Puan Norina Binti Omar dan juga Encik Fauzul Azhan Bin Abdul Aziz bersama-sama 40 orang pelajar. Kedatangan pelajar disambut oleh Pengarah Ukur Seksyen (Pentadbiran dan Penyelarasan), Sr Akhbaaruddin Bin Abd. Hamid.



Tujuan lawatan ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang peranan, fungsi dan kerja-kerja yang dilakukan di BPDGN serta dapat menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang GIS. Pelajar-pelajar juga diberi taklimat ringkas oleh pegawai di BPDGN mengenai tatacara penggunaan aplikasi Portal MyGeoServe yang dibangunkan untuk perkongsian data-data geospatial.


Dalam masa yang sama, para pelajar sempat membuat lawatan ke Bahagian Kartografi & GIS, Bahagian Pemetaan Utiliti dan juga Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung. Di mana setiap bahagian telah memberi taklimat ringkas sebagai pendedahan awal kepada pelajar tentang ilmu pengetahuan dalam ukur geomatik yang terkini khususnya di JUPEM.




Sumber: Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), JUPEM


Commenti

Valutazione 0 stelle su 5.
Non ci sono ancora valutazioni

Aggiungi una valutazione
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page