LAWATAN AKADEMIK SPACE UTM KE BPDGN
- MUHAMMAD ROSLAN BIN MD NOR (JUPEM-BPDGN)
- 5 hari lalu
- 1 min membaca
LAWATAN AKADEMIK PELAJAR DIPLOMA SPACE, UTM KUALA LUMPUR KE BAHAGIAN PANGKALAN DATA GEOSPATIAL NEGARA (BPDGN), JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 26 JANUARI 2026
Satu sesi lawatan akademik sambil belajar pelajar Diploma SPACE, UTM Kuala Lumpur ke Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) telah diadakan di Tingkat 6 & 7 Wisma JUPEM pada 26 Januari 2026. Lawatan pelajar diketuai oleh Sr Gs. Dr. Sharifah Nurul Ain binti Syed Mustorpha dan 2 pensyarah iringan bersama-sama 15 pelajar.

Tujuan lawatan ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan peranan, fungsi dan kerja-kerja yang dilakukan di JUPEM terutamanya di BPDGN serta dapat menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang GIS. Pihak BPDGN telah memberikan taklimat ringkas pengenalan BPDGN iaitu fungsi utama, aktiviti dan memberi pendedahan pengenalan melalui platform MyGeoServe. Pelajar juga diberi taklimat ringkas oleh pegawai mengenai tatacara penggunaan aplikasi Portal MyGeoServe yang dibangunkan oleh BPDGN yang berperanan sebagai pusat rujukan data geospatial serta menyelaras perkongsian maklumat antara agensi bagi menyokong perancangan pembangunan negara.
Dalam masa yang sama, para pelajar sempat membuat lawatan ke Bahagian Kartografi & GIS (BKGIS). Pelajar juga diberi pendedahan bagaimana proses produk penghasilan peta dilakukan. Di mana setiap bahagian telah memberi taklimat ringkas sebagai pendedahan awal kepada pelajar tentang ilmu pengetahuan dalam ukur geomatik yang terkini khususnya di JUPEM.
Sumber: Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), JUPEM.


_.png)




















Komen