top of page

LAWATAN KE GEOMATICS & LAND SURVEYING DISCOVERY CENTRE (GLSDC) DI WISMA LJT, KUALA LUMPUR | 26 OGOS 2026

Kuala Lumpur, 26 Ogos 2026 - Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Geomatics & Land Surveying Discovery Centre (GLSDC) yang bertempat di Wisma LJT, Melawati, Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2026.


Delegasi BPDGN diketuai oleh Sr Akhbaaruddin bin Abd. Hamid, Pengarah Ukur (Seksyen Pentadbiran dan Penyelarasan) merangkap Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan BPDGN, bersama pegawai-pegawai BPDGN yang menyertai lawatan ini bagi memperluas pengetahuan serta pemahaman berkaitan sejarah dan perkembangan bidang Geomatik dan Ukur Tanah.



Lawatan ini bertujuan meningkatkan literasi dan kefahaman para pegawai terhadap perkembangan teknologi serta inovasi terkini yang menyokong bidang Geomatik dan Ukur Tanah. Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang meneroka pelbagai pameran, bahan informasi serta elemen interaktif yang dipamerkan di GLSDC, sekali gus memberikan pengalaman pembelajaran yang menarik dan bermanfaat.


Sebagai pengisian di akhir lawatan, pihak GLSDC turut mengadakan sesi kuiz bagi menguji kefahaman dan pengetahuan para peserta berdasarkan maklumat serta pengalaman yang diperoleh sepanjang lawatan.


Diharapkan lawatan seperti ini dapat terus menjadi platform perkongsian ilmu dan pendedahan kepada warga BPDGN dalam memahami perkembangan teknologi serta kepentingan bidang Geomatik dan Ukur Tanah dalam pembangunan sektor geospatial negara.



Sumber: Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN)

Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page