UKURAN PENGESAHAN LOT DI BANDAR MERU JAYA, KLANG SELANGOR
- ASFA ZUHAIREN BINTI HASSAN (JUPEM-SELANGOR)
- 25 Nov 2025
- 1 min membaca
Isnin, 3 November 2025 - Juruukur Daerah dan Penolong Juruukur Daerah telah turun padang bersama pasukan pengukur dan wakil kontraktor bagi mendapatkan gambaran sebenar di lapangan. Pejabat Ukur Daerah Selangor Barat telah melaksanakan ukuran pengesahan lot di Bandar Meru Jaya, Daerah Klang.

Ukuran ini dijalankan bagi menentusahkan sempadan lot 102969, 97044, 7213 dan 68388 sepanjang kira-kira 3 kilometer yang bersebelahan dengan rizab jalan bagi pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Sungai Kapar.

Langkah ini diambil berikutan aduan daripada pemilik tanah bagi memastikan sempadan lot berada dalam kedudukan sebenar.

JUPEM Selangor sentiasa komited memberikan khidmat nasihat profesional serta kepakaran dalam bidang ukur dan pemetaan kepada semua pihak dari semasa ke semasa.


_.png)




Komen