UKURAN PENGESAHAN LOT 94253, MUKIM SUNGAI BULOH, DAERAH PETALING
- ASFA ZUHAIREN BINTI HASSAN (JUPEM-SELANGOR)
- 8 Okt
- 1 min membaca
Pejabat Ukur Daerah Selangor Timur telah menyelesaikan kerja-kerja ukuran pengesahan bagi Lot 94253, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling. Ukuran ini dilaksanakan bagi menentusah parameter lot berkenaan berbanding lot-lot di sekitarnya, serta mengesahkan kedudukan binaan di tapak.

Ukuran pengesahan tersebut dijalankan sebagai langkah persediaan pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor (JUPEM Selangor) selaku defendan dalam pernyataan tuntutan yang telah dikemukakan oleh plaintif di Mahkamah.

Tuan LSr. Looi Kam Seng, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor, turut berkesempatan meninjau lokasi lot terlibat bersama pasukan pengukur pada 26 September 2025 (Jumaat). Kehadiran beliau mencerminkan sokongan serta penekanan terhadap kepentingan pelaksanaan kerja-kerja ukur yang teliti, tepat dan berintegriti.
JUPEM Selangor sekali lagi menegaskan komitmen berterusan untuk sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat serta menyediakan kepakaran dalam bidang ukur dan pemetaan kepada semua pihak, sesuai dengan peranan jabatan sebagai agensi teknikal utama negara.


_.png)




Komen