Status OBP & Pulau Sebatik
- ANNA SIENA OTTERAN (JUPEM-BPTSBH)
- 25 Ogo 2025
- 2 min membaca
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇) - 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 (𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐎𝐔𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐎𝐔𝐍𝐃𝐀𝐑𝐘 𝐏𝐑𝐎𝐁𝐋𝐄𝐌 (𝐎𝐁𝐏) & 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐓𝐈𝐊 | 15 OGOS 2025

JUPEM melalui Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dan Bahagian Ehwal Persempadanan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah telah mengadakan sesi Taklimat Status Persempadanan Darat Antarabangsa Malaysia (Sabah) - Indonesia (Kalimantan Utara) Bagi Kawasan 𝑂𝑢𝑡𝑠𝑡𝑎𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝐵𝑜𝑢𝑛𝑑𝑎𝑟𝑦 𝑃𝑟𝑜𝑏𝑙𝑒𝑚 (𝑂𝐵𝑃) & kawasan perairan pantai barat Pulau Sebatik kepada semua Agensi Keselamatan/Penguatkuasaan dan pihak-pihak yang berkepentingan di negeri Sabah.
Taklimat yang diadakan di Bilik Mesyuarat UTC, Bangunan UTC Tawau telah disampaikan oleh YBrs Sr Shaffri Bin Baudi (Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah) dan dipengerusikan oleh YBhg Datuk Yahya Bin Sulaiman (Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negera Negeri Sabah). Taklimat ini telah dihadiri oleh wakil - wakil daripada pelbagai agensi dan pihak berkepentingan di negeri Sabah yang terlibat dengan kawalan sempadan negara. Turut hadir sama adalah Sr Salmah Binti Saleh (Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan), Sr Siti Arifah Binti Abdul Kader (Penolong Pengarah Ukur Seksyen Sempadan Darat Antarabangsa) dan Ketua Unit Sempadan, BPTSabah.
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memaklumkan berkenaan status semasa persempadanan darat antarabangsa negara khususnya bagi kawasan OBP Sabah dan kawasan pantai barat Pulau Sebatik kepada semua agensi dan pihak yang berkepentingan yang terlibat dengan tugasan kawalan sempadan darat negara khususnya di Pulau Sebatik dan Burs Point.
Taklimat turut dimaklumkan tentang kejayaan Jawatankuasa Sempadan Darat negara yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam menyelesaikan perundingan OBP Sabah yang telah berlangsung selama 45 tahun. Kejayaan rundingan penyelesaian OBP sektor Sabah - Kalimantan Utara ini telah diumumkan bersama oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Yang Terhormat Presiden Indonesia sewaktu 13th Annual Consultation di Jakarta pada 29 Julai 2025.
Melalui sesi taklimat ini, status semasa dan 𝑤𝑎𝑦 𝑓𝑜𝑟𝑤𝑎𝑟𝑑 dalam mendepani isu-isu berkaitan persempadanan darat antarabangsa telah memberikan satu perspektif / 𝑖𝑛𝑠𝑖𝑔ℎ𝑡𝑓𝑢𝑙 kepada semua pihak berhubung usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh JUPEM selaku 𝑙𝑒𝑎𝑑 𝑎𝑔𝑒𝑛𝑐𝑦 (teknikal) dalam urusan persempadanan darat negara.
Pihak JUPEM turut merakamkan jutaan terima kasih kepada MKN Sabah di atas jemputan dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan projek penandaan dan pengukuran sempadan darat antarabangsa Malaysia (Sabah) - Indonesia (Kalimantan Utara) demi mengukuhkan kedaulatan negara serta menyokong pembangunan sempadan.
Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM


_.png)












Komen