Penandaan KIBLAT di puncak GUNUNG KINABALU
- ANNA SIENA OTTERAN (JUPEM-BPTSBH)
- 12 Ogo
- 1 min membaca
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐈𝐁𝐋𝐀𝐓 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 @ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐅𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 06 OGOS 2025
Menara Kinabalu (Pusat Pentadbiran Negeri Sabah) - Satu mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh YBrs Ustaz Abdul Razak Bin Hamdin, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan) Pejabat Mufti Negeri Sabah mengenai program kembara kiblat di puncak Gunung Kinabalu. Mewakili JUPEM BPT Sabah adalah Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim (Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah) dengan diiringi En Rabbani Bin Mahyudin (Ketua Cawangan Pengurusan Maklumat Geospatial).
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaraskan persiapan serta kaedah teknikal yang bersesuaian bagi penandaan arah kiblat di puncak Gunung Kinabalu sebelum aktiviti sebenar yang akan dijalankan pada awal September kelak. Mengambil kira keadaan di kawasan puncak Gunung Kinabalu yang tidak menentu, beberapa persediaan serta faktor-faktor diambilkira dan dibincang untuk memastikan misi pengukuran/penandaan arah kiblat ini berjaya.
Diharapkan, sumbangan kepakaran teknikal dan tenaga kerja sebagai rakan strategik program ini dapat membantu pendaki umat islam dalam melaksanakan ibadah solat dengan yakin. Komitmen yang diberikan oleh JUPEM BPT Sabah adalah bagi mengukuhkan kerjasama merentas agensi serta menyokong penuh kejayaan Program Kembara Kiblat Gunung Kinabalu ini.
Sumber : BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SABAH (BPTSabah), JUPEM
Comments