MESYUARAT PENUTUP NAZIRAN PEMATUHAN PERAKAUNAN AKRUAN BAGI TEMPOH MEI 2024 – APRIL 2025
- ASFA ZUHAIREN BINTI HASSAN (JUPEM-SELANGOR)
- 19 Nov 2025
- 1 min membaca
Pada 30 Oktober 2025 (Khamis), JUPEM Negeri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Penutup Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan (Skop Belanja) bersama Pasukan Naziran Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Selangor.
Mesyuarat ini bertujuan menilai dan memperkukuh tahap pematuhan terhadap amalan perakaunan akruan bagi tempoh Mei 2024 hingga April 2025, serta memastikan pengurusan kewangan jabatan sentiasa berada pada landasan terbaik.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor, LSr Looi Kam Seng, dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Khairil Izwan bin Mohd Arshad.
Pasukan JANM pula diketuai oleh Tuan Shahnaz bin Abd Salam, Pengarah JANM Negeri Selangor, bersama ahli pasukan beliau.
JUPEM Negeri Selangor komited dalam memastikan semua urusan dan dokumen perbelanjaan jabatan mematuhi prinsip tadbir urus kewangan yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti tinggi.


_.png)




Komen