PEMBENTANGAN MAKLUM BALAS JUPEM SELANGOR TERHADAP PELAKSANAAN KERJA UKUR ATAS ARAHAN PERINTAH MAHKAMAH
- ASFA ZUHAIREN BINTI HASSAN (JUPEM-SELANGOR)
- 25 Nov 2025
- 1 min membaca
Selasa, 11 November 2025, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor (JUPEM Selangor) yang diketuai oleh LSr Looi Kam Seng, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri telah mengadakan sesi pembentangan maklum balas kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTG Selangor) berhubung hasil pelaksanaan kerja ukur semula atas arahan perintah mahkamah berkaitan tanah kautan sungai di bawah Seksyen 49 dan Seksyen 353 Akta 828.

Hasil dapatan daripada pelaksanaan kerja ukur yang dibentangkan ini diharap dapat membantu pihak berkaitan dalam menyelesaikan kes yang telah tertangguh sekian lama.

JUPEM Selangor menegaskan komitmennya untuk terus memberikan khidmat nasihat profesional serta kepakaran teknikal dalam bidang ukur dan pemetaan kepada semua pihak dari semasa ke semasa.


_.png)




Komen