MESYUARAT PENYELARASAN BAGI TUJUAN HAKMILIK STRATA PROJEK TRANSIT ORIENTED DEVELOPMENT (TOD) RTS LINK
- UZMA MUHAMAD(JUPEM-JOHOR)
- 15 Jul
- 1 min membaca
JOHOR BAHRU, 8 Jun – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Bagi Tujuan Hakmilik Strata Projek Transit Oriented Development (TOD) RTS Link pada hari ini yang dipengerusikan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor, YBrs. LSr Rosli Bin Mohammed.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh wakil Jurukur Tanah Berlesen, pihak pemaju projek, Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTG), wakil Bahagian Kadaster serta pegawai dan kakitangan Seksyen Hakmilik Strata.
Perbincangan memberi fokus kepada penyelarasan dan penelitian isu-isu berkaitan permohonan hakmilik strata bagi Projek TOD RTS Link sebagai langkah persediaan bagi menghadapi proses permohonan pada masa hadapan. Pelbagai aspek teknikal dan prosedur turut dibincangkan bagi memastikan urusan permohonan dapat dilaksanakan dengan lancar dan mematuhi peruntukan yang berkuat kuasa.
Penganjuran mesyuarat ini diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pihak pemaju serta pihak berkepentingan dalam memastikan pengurusan dan pelaksanaan permohonan hakmilik strata dilaksanakan secara lebih teratur, cekap dan berkesan.


_.png)










Komen