SM ST. PETER ke BPTSbh
- ANNA SIENA OTTERAN (JUPEM-BPTSBH)
- 12 Ogo
- 1 min membaca
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐌 𝐒𝐓.𝐏𝐄𝐓𝐄𝐑 𝐓𝐄𝐋𝐈𝐏𝐎𝐊 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 | 28 JULAI 2025

Satu lawatan sambil belajar oleh guru dan murid SM ST. Peter Telipok, Kota Kinabalu telah diadakan kepada Bahagian Pemetaan Topografi Sabah bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Ibu Pejabat BPT Sabah.
Lawatan sambil belajar tersebut disertai oleh ketua guru rombongan, Puan Nooraizah bt Matlin yang membawa seramai 42 orang murid ke Bahagian ini. Para rombongan lawatan ini telah disambut oleh Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (TPUB), Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim dan diiringi oleh Encik Ridin Nairing, Ketua Unit Maklumat Geospatial.
Sesi lawatan sambil belajar tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (TPUB), Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim dan seterusnya sesi berkenalan bersama guru-guru pengiring dan murid-murid. Lawatan diteruskan dengan perkongsian taklimat mengenai Jabatan dan aktiviti kerja-kerja pemetaan yang disampaikan oleh Encik Ridin Nairing, Ketua Unit Maklumat Geospatial. Selain itu, para guru dan murid-murid juga dibawa untuk membuat lawatan ke ruangan pejabat dan tempat kerja pegawai bagi melihat sendiri proses/kerja berkaitan pemetaan dijalankan untuk pendedahan.
Bagi menghargai kesudian pihak Sekolah mengadakan lawatan, Bahagian ini telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada delegasi lawatan dalam bentuk peta rampaian. Diharapkan hasil daripada lawatan ini dapat menyuntik semangat kepada murid dan membuka minda bagi memilih kerjaya yang sebetulnya di masa hadapan.
Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM
Comentarios