top of page

SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM, SENTIASA AMAL!

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜 (𝗤𝗘/𝟱𝗦) 𝗗𝗜 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 l 26 APRIL 2024

Bahagian Kartografi dan GIS (BKGIS) JUPEM telah menganjurkan Kursus 'Refresher' Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) secara peringkat dalaman di Dewan Ukur JUPEM pada 26 April 2024 yang lalu.


Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 89 orang kakitangan BKGIS yang terdiri daripada 4 seksyen utama iaitu Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Seksyen Data Geospatial, Seksyen Penerbitan Data Geospatial dan Seksyen Percetakan. Taklimat kursus yang berlangsung selama 3 jam ini telah disampaikan oleh Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor dari Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK) JUPEM selaku Champion EKSA.



Objektif utama penganjuran kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai baru di BKGIS berkenaan amalan 5S. Selain itu, maklumat-maklumat tambahan juga dapat disalurkan dalam melaksanakan amalan 5S bagi membentuk persekitaran kerja yang lebih selesa dan kondusif.


Perkongsian ilmu oleh penceramah telah dapat memberikan gambaran dan idea-idea baru kaizen di BKGIS. Semoga semangat dan kerjasama dalam kalangan pegawai-pegawai BKGIS dalam melaksanakan 5S akan kekal dan diteruskan dengan jayanya.

Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Latihan 5S BKGIS dalam penganjuran kursus ini.


Sumber: Bahagian Kartografi dan GIS (BKGIS) JUPEM



 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page