Bengkel Pengenalan iDEAscape JUPEM 2026
- MOHD ZUKHAIRI BIN MOHD ALI (JUPEM-BPK)
- 31 Jul
- 1 min membaca
BENGKEL PENGENALAN iDEAscape JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) 2026 | 16-17 JULAI 2026
Kuala Lumpur, 16 Julai 2026 - Bengkel Pengenalan iDEAscape JUPEM 2026 telah diadakan di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM pada 16 hingga 17 Julai 2026 di bawah anjuran Seksyen Inovasi dan Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Korporat.
Seramai 40 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang dikendalikan oleh penceramah jemputan, YBrs. Dr. Abdullah bin Ali. Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta didedahkan dengan konsep dan kepentingan iDEAscape, kaedah mengenal pasti serta menyelesaikan masalah secara sistematik, teknik pembangunan projek yang inovatif, dokumentasi serta perkongsian amalan terbaik.
Bengkel ini turut dihadiri oleh Sr Khairul Nizam bin Abd Aziz, Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Korporat bagi menyempurnakan majlis penutup. Diharapkan melalui penganjuran bengkel ini peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dalam memperkukuh budaya inovasi dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan di JUPEM.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam semasa bengkel dijalankan.










_.png)




Komen