MYGEOSERVE @ JUPEM PERAK
- MUHAMMAD ROSLAN BIN MD NOR (JUPEM-BPDGN)
- 15 Jul
- 1 min membaca
TAIPING, 25 Jun 2026 – Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Perak telah berjaya melabuhkan tirai program Latihan Penggunaan MyGeoServe Portal dan MyGeoServe Komuniti yang berlangsung pada 24 hingga 25 Jun 2026 baru-baru ini. Bertempat di Wisma Persekutuan Taiping, program intensif selama dua hari ini telah disertai oleh 15 orang pegawai dari JUPEM Perak.
Inisiatif strategik ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh
mengenai ekosistem aplikasi MyGeoServe kepada para pegawai, sekali gus menyokong usaha pendigitalan perkhidmatan kerajaan yang lebih efisien dalam pengurusan data spatial. Bagi menjayakan matlamat ini, latihan tersebut telah dikendalikan oleh barisan penceramah dan fasilitator dari Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), Ibu Pejabat JUPEM, yang diketuai oleh Pengarah Ukur Seksyen Pentadbiran dan Penyelarasan, Sr Akhbaaruddin Bin Abd. Hamid.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul berbentuk latihan amali secara berperingkat. Pada hari pertama, tumpuan diberikan kepada pengenalan MyGeoServe Portal yang memfokuskan visualisasi 2D, 3D dan Imagery Explorer. Sesi pada hari kedua pula beralih kepada aspek teknikal MyGeoServe Komuniti yang merangkumi latihan penyediaan Peta Web, pembinaan Papan Pemuka (Dashboard), serta tatacara penggunaan aplikasi perancangan penerbangan dron (UAS) khusus untuk JUPEM Negeri. Selain daripada sesi latihan dalam bilik, pihak BPDGN turut mengambil inisiatif membuka reruai pameran di lobi Wisma Persekutuan bagi mempromosikan kemudahan portal MyGeoServe kepada orang awam yang hadir berurusan. Secara keseluruhannya, program proaktif ini diharap dapat terus memacu kecekapan penyampaian maklumat geospatial negara sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani.
Sumber : Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), JUPEM


_.png)
















Komen