top of page

SEDEKAH TIDAK AKAN MEMBUATMU MISKIN.

π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π™…π˜Όπ™‡π™„π™‰π˜Όπ™‰ π™†π˜Όπ™Žπ™„π™ƒ & π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™‡ π˜Όπ™‰π™…π™π™π˜Όπ™‰ π˜½π™‹π™π™Žπ˜Όπ˜½π˜Όπ™ƒ π˜Ώπ™€π™‰π™‚π˜Όπ™‰ π™†π™€π™π™…π˜Όπ™Žπ˜Όπ™ˆπ˜Ό 𝙆𝙆𝙍 π˜½π™‹π™π™Žπ˜Όπ˜½π˜Όπ™ƒ 𝙆𝙀 π™π™π™ˆπ˜Όπ™ƒ π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™‡ π™†π˜Όπ™Žπ™„π™ƒ π™†π™„π™‰π™‚π™π™„π™Žπ™ƒπ™€π™ | 5 APRIL 2024


Satu Program Jalinan Kasih & Amal anjuran Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah) dengan Kerjasama Kelab Kebajikan & Rekreasi BPTSabah (KKR BPTSabah) ke Rumah Amal Kasih Kingfisher telah diadakan pada 5 April 2024 bertempat di Rumah Amal Kasih Kingfisher. Rumah Amal Kasih yang didirikan bermula 17 Julai Tahun 2012 telah dihuni oleh 35 anak-anak dan 5 pengasuh yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf daripada pelbagai latar belakang.


Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ustaz Jamrie bin Saparih, Pengawal Rumah Amal Kasih diikuti dengan ucapan daripada Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur BPTSabah merangkap Yang Dipertua KKR BPTSabah. Program diteruskan dengan Sesi Kenali Peta Sabah Berserta Kuiz oleh En. Ridin Nairing, Ketua Unit Maklumat Geospatial merangkap Setiausaha Kehormat KKR BPTSabah dan kemudian dihiasi dengan persembahan istimewa daripada penghuni Rumah Amal Kasih.


Program diakhiri dengan Sesi Sumbangan Duit Raya dan Hamper Raya daripada Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah) dan Kelab Kebajikan & Rekreasi BPTSabah (KKR BPTSabah) dan sesi bergambar.


Terima kasih diucapkan kepada Rumah Amal Kasih Kingfisher kerana sudi menerima kunjungan kami dan turut memberi peluang untuk menyantuni penghuni Rumah Amal Kasih yang kurang bernasib baik. Diharapkan dengan usaha ini, walaupun kecil dapat menjadi satu titik permulaan dalam usaha mempertingkatkan kesedaran masyarakat khususnya warga BPTSabah supaya berupaya menghulurkan bantuan dan meringankan beban kepada komuniti yang memerlukan.



Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM

Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page