top of page

PROJEK e-PEMETAAN 2.0 JUPEM

MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN UNMANNED AERIAL SYSTEM (UAS) DAN PERALATAN SOKONGAN DI BAWAH PEROLEHAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH UNMANNED AERIAL SYSTEM (UAS) MULTIROTOR BERSERTA PERALATAN SOKONGAN BAGI KERJA-KERJA DI BAWAH PROJEK e-PEMETAAN 2.0, JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM), KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES) – T1/2024


Majlis Penyerahan Peralatan Unmanned Aerial System (UAS) dan Peralatan Sokongan Di Bawah Perolehan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Unmanned Aerial System (UAS) Multirotor Berserta Peralatan Sokongan Bagi Kerja-Kerja Di Bawah Projek e-Pemetaan 2.0 telah diadakan pada 15 November 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat SPD, Aras Bawah Bangunan CAMS, Ibu Pejabat JUPEM.


Majlis ini telah dirasmikan oleh Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP) dan turut hadir sama adalah Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM), Sr Mohd Farid Al Azmi bin Isahak dan Timbalan Pengarah Ukur Bahagian, Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP), Sr Salmah binti Saleh. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari BEP, BPTSM dan BDPP.


ree

ree

Penyerahan Peralatan Unmanned Aerial System (UAS) ini telah diserahkan kepada tiga (3) bahagian iaitu:


  • Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP) : Menerima dron model DJI Matrice M350 dan DJI Mavic 3 Enterprise bersama Sensor Optik;

  • Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM) : Menerima dron model DJI Matrice M350 dan DJI Mavic 3 Enterprise bersama Sensor Optik dan Oblique; dan

  • Bahagian Ehwal Persempadan (BEP) : Menerima dron model DJI Mavic 3 Enterprise.



Penyerahan perolehan ini kepada bahagian-bahagian terlibat bertujuan meningkatkan kualiti penghasilan maklumat geospatial melalui pelbagai platform dan penderia (sensor). Selain itu, JUPEM dapat mempertingkatkan keupayaan memberikan maklumat geospatial yang terkini dan tepat dalam konteks pemetaan ke arah memastikan tindakan melaksanakan keputusan dapat dilakukan dengan cepat dan efisien bersesuaian dengan peranan utama yang dipertanggungjawabkan kepada JUPEM.


Alhamdulillah, dengan selesainya majlis ini diharap semua pegawai-pegawai bahagian terlibat dapat memanfaatkan peralatan yang dibekalkan demi mempertingkatkan keupayaan sedia ada.


Sumber: Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan

 
 
 

Siaran Terkini

Lihat Semua
Penandaan KIBLAT di puncak GUNUNG KINABALU

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐈𝐁𝐋𝐀𝐓 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 @ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐅𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 06...

 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page