PENGUKURAN SEMULA TANAH KAUTAN SUNGAI MENGIKUT SEKSYEN 49 DAN 382A KANUN TANAH NEGARA 1965
- ASFA ZUHAIREN BINTI HASSAN (JUPEM-SELANGOR)
- 29 Okt
- 1 min membaca
Rabu, 8 Oktober 2025, Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Selangor, diketuai oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri, LSr Looi Kam Seng, telah mengadakan satu sesi libat urus berkaitan pengukuran semula tanah kautan sungai di bawah Seksyen 49 dan 382A Kanun Tanah Negara 1965 meliputi kawasan tebing Sungai Yu, Pekan Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

Sesi tersebut turut dihadir oleh pihak plaintif yang terdiri daripada penduduk tempatan, serta defendan yang merangkumi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor, pihak berkuasa negeri, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, pemilik tanah, dan pelbagai pihak berkepentingan.

Tujuan pengukuran semula ini adalah untuk menyemak kemungkinan perubahan paras air pasang, terutamanya semasa fenomena air pasang perbani, berbanding pengukuran pertama yang telah dijalankan pada 10 September 2025.

Pengukuran kali kedua ini telah dilaksanakan selama dua hari, iaitu pada 9 dan 10 Oktober 2025, oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Ukur Daerah Selangor Utara.

JUPEM Selangor kekal komited dalam memberikan khidmat nasihat profesional serta kepakaran teknikal dalam bidang ukur dan pemetaan kepada semua pihak dari semasa ke semasa.


_.png)




Komen