top of page

HARI KARTOGRAFI DAN GIS 2025

SR MOHD FAZLY BIN MOHD NOOR (JUPEM-BKGIS)


Kuala Lumpur, 23 Oktober 2025 - Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui Bahagian Kartografi dan GIS (BKGIS) telah melakar sejarah dengan penganjuran buat julung kali Hari Kartografi dan GIS 2025 yang bertemakan “Melakar Peta Membina Realiti.”


YBhg. Dato' LSr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia                                                          bergambar kenangan dengan tetamu kehormat dan jemputan.
YBhg. Dato' LSr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia bergambar kenangan dengan tetamu kehormat dan jemputan.

Program ini bertujuan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh BKGIS termasuk produk pemetaan berasaskan Sistem Maklumat Geografi (GIS) serta perkhidmatan percetakan, di samping meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan kartografi di dalam pembangunan negara.


Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang dalam ucapannya menekankan kepentingan JUPEM untuk menjadi peneraju utama bidang ukur dan pemetaan serta keluar daripada kepompong “Jaguh Kampung”.


YBhg. Dato' LSr Hazri bin Hassan menekankan tentang kepentingan JUPEM untuk keluar daripada stigma "Jaguh Kampung"
YBhg. Dato' LSr Hazri bin Hassan menekankan tentang kepentingan JUPEM untuk keluar daripada stigma "Jaguh Kampung"

Beliau turut menjelaskan bahawa JUPEM kini berada di era kecerdasan buatan (AI) yang membawa transformasi besar dalam cara penghasilan, analisis dan penyampaian maklumat geospatial secara berkesan. Menurut beliau, peta masa kini bukan lagi sekadar helaian kertas, tetapi telah berevolusi menjadi “living maps” - peta dinamik yang sentiasa dikemas kini, berhubung dengan penderia dalam masa sebenar (real time) dan memaparkan perubahan di dunia sebenar.


Antara inovasi terkini JUPEM termasuk:


  • MyCartoLink, aplikasi web yang menyediakan perkhidmatan peta asas atau map services dengan pelbagai tema peta yang dibangunkan oleh JUPEM untuk pengguna.


  • MyCartoGo, aplikasi mudah alih berasaskan peta asas JUPEM dengan ciri interaktif dan mesra pengguna dengan tiga tema utama iaitu Aktiviti, Pelancongan dan Topografi yang boleh dimuat turun melalui platform Google Play Store atau Apple Store.


YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan turut berharap agar JUPEM terus menjadi rujukan utama geospatial negara, seiring aspirasi Malaysia menuju ke arah negara digital dan berteknologi tinggi. Beliau juga menyempurnakan penyampaian hadiah pertandingan National Barbara Petchenik Children’s Map Competition bagi menghargai bakat muda dalam bidang kartografi.


Pemenang hadiah utama pertandingan National Barbara Petchenik Childres's Map Competition
Pemenang hadiah utama pertandingan National Barbara Petchenik Childres's Map Competition

Sesi Bicara Kartografi yang disampaikan oleh Sr Hilman bin Rasyed, Pengarah Ukur Bahagian Kartografi dan GIS turut menarik perhatian apabila beliau berkongsi pandangan mengenai peranan dan cabaran kartografi moden serta kepentingannya dalam memastikan ketepatan dan kejelasan data pemetaan negara.


Sr Hilman bin Rasyed, Pengarah Ukur Bahagian (Kartografi dan GIS)
Sr Hilman bin Rasyed, Pengarah Ukur Bahagian (Kartografi dan GIS)

Sebagai penutup, JUPEM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja, tetamu kehormat, peserta pameran, pemenang pertandingan Map Creative Design, serta seluruh urusetia dan warga kerja BKGIS atas komitmen dan sumbangan dalam menjayakan penganjuran Hari Kartografi dan GIS 2025 ini.


“Melakar Peta, Membina Realiti” — merealisasikan visi JUPEM ke arah pemetaan pintar, berteknologi dan berpaksikan rakyat.

Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page