π πππππ¦ π£ππ‘π¬ππ₯ππππ‘ πππππ‘πππ‘ π ππ πππ‘π πππ‘ππ¨π‘ππ‘ π§ππ πππππ‘ πππππ πππ₯ππ£ π¦ππππ‘ππ’π₯ πππ₯π¨π πππ¦ππ‘
- ASFA ZUHAIREN BINTI HASSAN (JUPEM-SELANGOR)
- 25 Nov 2025
- 1 min membaca
Jumaat, 21 November 2025 - Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor (JUPEM Selangor) telah menghadiri Majlis Penyerahan Projek Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi Cadangan Membina Bangunan Tambahan Balai Cerap Selangor. Majlis berlangsung di Balai Cerap Selangor, Sungai Lang, Sabak Bernam.

Majlis perasmian telah disempurnakan melalui simbolik penyerahan kunci oleh YBrs. Ir. Hj. Sukri bin Ishak, Pengarah JKR Selangor kepada Sahibus Samahah Datoβ Dr. Hj. Anhar bin Opir, Mufti Negeri Selangor.

JUPEM Selangor turut diwakili oleh Sr Fazella Salwa binti Solihin, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta Sr Muhammad bin Sulaiman, Juruukur Daerah Selangor Utara.

Sebagai salah satu Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Selangor, JUPEM Selangor terus komited untuk memberikan kerjasama dalam memperkukuh dan memajukan ilmu falak di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.


_.png)




Komen