PENGUKUHAN DAN PENGINSTITUSIAN INTEGRITI MELALUI AKTIVITI TURUN PADANG
- ZURAIDA BT ZAKARIA (JUPEM)
- 19 Nov 2024
- 1 min membaca
RANGKUMAN JERAYAWARA INTEGRITI TAHUN 2024
Jerayawara Integriti merupakan aktiviti turun padang yang telah mendapat mandat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP) pada 9 November 2023 dan dilaksanakan setiap suku tahun di JUPEM Negeri dengan matlamat memantapkan fungsi pengukuhan integriti dan pematuhan selaras dengan fungsi teras yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SP.1.2.1.
Sepanjang tahun 2024, Jerayawara Integriti telah menelusuri ke empat (4) lokasi bermula dengan Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, diikuti dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perak serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan seterusnya berlabuh di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor.
BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SABAH | 21 - 22 MAC 2024

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI PERAK | 11 - 13 JUN 2024

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI KELANTAN | 15 - 17 OKTOBER 2024

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI JOHOR | 12 - 14 NOVEMBER 2024
Unit Integriti JUPEM akan memastikan usaha ini diteruskan pada tahun hadapan ke lain-lain lokasi dan berharap peluang turun padang yang ada berupaya memperkasa prakarsa berkaitan integriti, tatakelola dan usaha pencegahan rasuah.
Sumber: Unit Integriti JUPEM
コメント