top of page

PAT & Sesi Dialog Modul Kerjaluar Mudah Alih

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐕𝐈𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐀𝐂𝐂𝐄𝐏𝐓𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐓𝐄𝐒𝐓 (𝐏𝐀𝐓), 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐒𝐔𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐌𝐎𝐃𝐔𝐋 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐈𝐇 | 9 – 13 JUN 2025


ree

Aktiviti Provisional Acceptance Test (PAT), Program Penyesuaian JUPEM dan Sesi Dialog Modul Kerjaluar Mudah Alih telah dilaksanakan bermula dari 9 Jun sehingga 13 Jun 2025 bertempat di KD Sri Semporna, Pangkalan TLDM & Dewan Majlis Daerah Semporna, Sabah. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menilai keupayaan sistem GDAS supaya dapat beroperasi di dalam persekitaran sebenar, selain meningkatkan kemahiran pegawai & kakitangan selain dapat mewujudkan medium perbincangan dua hala secara terbuka dengan pihak berkepentingan.


Turut hadir ke sesi tersebut adalah Sr Shaffri Bin Baudi (Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah), LSr Hj Abdul Halim Bin Tuiran (Subject Matter Expert Projek), Sr Simeon Dewal Mail (Pengarah Ukur Dan Pemetaan JUPEM WP Labuan), Mohamad Nizar Bin Damis (Pengarah Ukur Seksyen Pangkalan Data Topografi BPTSM), Izzatunnasiri Islam Bin Ab Rahman (Team Lead, Service Delivery) , Mohammad Adam Bin Muktar (selaku Moderator) dan kakitangan daripada Ib u Pejabat Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Labuan, Pejabat Topografi Wilayah Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.


Diharapkan agar sistem yang dibangunkan ini mencapai objektif-objektif yang telah dinyatakan dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan dan mengekalkan keyakinan pihak berkepentingan kepada produk Jabatan di samping memberi manfaat yang optimum kepada organisasi terlibat.


Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM

 
 
 

Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page