top of page

PAT DAN SESI DIALOG MODUL KERJALUAR GDAS JUPEM SARAWAK

28 - 31 Julai, Mukah, Sarawak – Aktiviti Provisional Acceptance Test (PAT), Program Penyesuaian JUPEM dan Sesi Dialog Modul Kerjaluar Mudah Alih Geospatial Data Acquisition System (GDAS) telah dilaksanakan bermula dari 28 Julai sehingga 31 Julai 2025 bertempat di Kingwood Resort Mukah & Oya Dalat, Mukah Sarawak. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menilai keupayaan sistem GDAS supaya dapat beroperasi di dalam persekitaran sebenar, selain meningkatkan kemahiran pegawai & kakitangan selain dapat mewujudkan medium perbincangan dua hala secara terbuka antara panel dan pegawai JUPEM.

ree

ree
ree

Turut hadir ke sesi tersebut adalah LSr Sylvester Luta Anak Buli (Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak), LSr Hj Abdul Halim Bin Tuiran (Subject Matter Expert Projek), Mohamad Nizar Bin Damis (Pengarah Ukur Seksyen Pangkalan Data Topografi BPTSM), Izzatunnasiri Islam Bin Ab Rahman (Team Lead, Service Delivery) , Mohammad Adam Bin Muktar (selaku Moderator), LSr Shamiruddin Bin Mahamad Azami (Pengarah Ukur Seksyen – Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung), dan kakitangan daripada Ibu Pejabat Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak, Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung, Pejabat Topografi Wilayah Kuching, Miri dan Sibu.

ree
ree

Diharapkan agar sistem yang dibangunkan ini mencapai objektif-objektif yang telah dinyatakan dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan dan mengekalkan keyakinan pihak berkepentingan kepada produk Jabatan di samping memberi manfaat yang optimum kepada organisasi terlibat.

ree
ree
ree

ree
ree

 
 
 

Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page