top of page

NAMA GEOGRAFI, WARISAN BERSAMA: JUPEM DI SESI KE-4 UNGEGN

𝗝𝗨𝗣𝗘𝗠 @ 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗞𝗘-4 𝗨𝗡𝗜𝗧𝗘𝗗 𝗡𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗦 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣 𝗢𝗙 𝗘𝗫𝗣𝗘𝗥𝗧𝗦 𝗢𝗡 𝗚𝗘𝗢𝗚𝗥𝗔𝗣𝗛𝗜𝗖𝗔𝗟 𝗡𝗔𝗠𝗘𝗦 (𝗨𝗡𝗚𝗘𝗚𝗡) |


Sesi UNGEGN merupakan acara yang dianjurkan oleh pihak United Nations (UN) di mana ianya diadakan dengan ketetapan dua tahun sekali. Setelah bersidang pada Sesi Ke- 3 pada tahun 2023, Sesi Ke-4 United Nations Group of Experts on Geographical Names (UNGEGN) telah diadakan pada pada 28 April sehingga 2 Mei 2025 bertempat di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat. Pada kali ini, pihak UN telah memilih tema "Advancing geographical names standardization through inclusive, culturally-informed and evidence-based solutions to support sustainable development".


Keseluruhannya terdapat 9 mesyuarat, bermula dari 10 pagi hingga 1 petang dan 3 petang hingga 6 petang. Sesi ini dihadiri oleh pelbagai Negara Ahli, yang membentangkan dan membincangkan laporan sekretariat UNGEGN, sekretariat Bahagian, laporan Negara Ahli dan kertas teknikal.


Acara Sesi Ke-4 UNGEGN kali ini dihadiri oleh lima orang wakil dari Malaysia di bawah Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG). JKNG merupakan jawatankuasa tertinggi di Malaysia yang mengendalikan penamaan nama geografi yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Antara peranan JKNG adalah bagi mengkaji dan menetapkan kriteria-kriteria yang digunakan bagi menentukan nama geografi yang rasmi untuk kepentingan negara dan mengkaji serta menetapkan Garis Panduan Pembentukan Pangkalan Data Nama Geografi Kebangsaan.


Pada kali ini, Malaysia diwakili oleh LSr Saiful Wazlan bin Wahab (JUPEM) selaku Ketua Delegasi, Norshaherma binti Kolek (Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli - MUDeNR), Shiela Zaemar Binti Zamani (MUDeNR), Captain Mohd Syahir bin Eleas RMN (Majlis Keselamatan Negara) dan First Admiral Dr. Najhan bin Md Said (Pusat Hidrografi Nasional - PHN).


LSr Saiful Wazlan bin Wahab (JUPEM) selaku Ketua Delegasi telah membentangkan National Dialogue Malaysia -Writing Systems, Pronunciation, and the Naming of Undersea Features: Ensuring Accuracy and Integrity di bawah Agenda item 4(b). Reports: Governments on the situation in their countries and on the progress made in the standardization of geographical names pada slot yang ditetapkan iaitu  April 2025.


Sesi Ke-4 UNGEGN ini dapat memberi pendedahan dan gambaran kepada wakil Malaysia tentang bagaimana Negara Ahli yang lain menguruskan penamaan nama geografi dan diharapkan ianya dapat dijadikan input dikalangan ahli JKNG untuk penambahbaikan di Malaysia.

 


Wakil Delegasi Malaysia di Sesi Ke-4 UNGEGN
Wakil Delegasi Malaysia di Sesi Ke-4 UNGEGN

Slaid Pembentangan dari Malaysia
Slaid Pembentangan dari Malaysia

Negara Ahli UNGEGN
Negara Ahli UNGEGN

Negara Ahli UNGEGN-ASE
Negara Ahli UNGEGN-ASE

LSr Saiful Wazlan bin Wahab selaku wakil Malaysia
LSr Saiful Wazlan bin Wahab selaku wakil Malaysia

Tajuk Pembentangan Malaysia
Tajuk Pembentangan Malaysia

 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page