top of page

LAWATAN BAHAGIAN KARTOGRAFI DAN GIS KE GEOMATICS AND LAND SURVEYING DISCOVERY CENTRE (GLSDC) DI WISMA LJT | 21 Mei 2025




Bahagian Kartografi dan GIS telah mengadakan sesi lawatan ke Geomatics and Land Surveying Discovery Centre (GLSDC) di Wisma LJT pada 21 Mei 2025. Lawatan ini telah disertai oleh 25 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Kartografi dan GIS. Sesi lawatan tersebut dimulai dengan pendaftaran masuk di kiosk pendaftaran dan seterusnya taklimat ringkas oleh En. Ahmad Firdaus bin Lemin, Seksyen Pengurusan GLSDC & Aset, Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (LJT).


Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat sejarah dalam bidang ukur dan pemetaan, mengenali tokoh-tokoh sejarah dalam bidang ukur dan pemetaan di dalam dan di luar negara, melihat pameran peralatan-peralatan ukur, kaedah pengukuran serta produk-produk bagi setiap bidang ukur dan pemetaan yang dihasilkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sejak dahulu sehingga kini. Di samping itu, para peserta dapat meneroka teknologi ukur dan pemetaan di segmen-segmen seperti Kadaster, Pemetaan, Geographic Information System (GIS), Astronomi, Geodesi, Hidrografi, Ehwal Persempadanan dan Wall of Fame.


Lawatan ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menimba pengetahuan mengenai sejarah serta mengetahui pelbagai ilmu dan pengetahuan dalam pelbagai bidang dan disiplin ukur dan pemetaan terutamanya melibatkan aktiviti-aktiviti JUPEM sejak dahulu sehingga kini. Di samping itu para peserta juga dapat mengetahui peranan, sumbangan dan kepentingan bidang ukur dan pemetaan dalam pembangunan dan kedaulatan negara. Lawatan ini akhiri dengan sesi bergambar kumpulan serta pembelian cenderahati di Kedai Cenderahati GLSDC sebagai kenang-kenangan.


ree

ree

ree

ree

ree

Siaran Terkini

Lihat Semua

Комментарии

Оценка: 0 из 5 звезд.
Еще нет оценок

Добавить рейтинг
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page