KV KENINGAU ke BPTSbh
- ANNA SIENA OTTERAN (JUPEM-BPTSBH)
- 12 Ogo 2025
- 1 min membaca
πππππππππ ππππππ πππππ ππππππππππ ππππππππ ππππππ ππππππππ ππππππππ ππππππππ π πππππ | ππ πππππ ππππ

Kunjungan hormat daripada Kolej Vokasional Keningau kepada Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah / JUPEM Sabah) telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Ibu Pejabat BPTSabah.
Kunjungan hormat tersebut telah diketuai oleh YBrs Ts Nueh Kimon (Ketua Jabatan Kolej Vokasional Keningau) beserta Pn Dg Amidah Amin (Ketua Program), Ts Dg Siti Khatijah (Pensyarah) dan Pn Jovinia Danil (Pegawai).
Ketibaan delegasi telah disambut oleh YBrs Sr Shaffri Bin Baudi (Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah) dengan diiringi Sr Nur Zurairah Binti Abdul Halim (Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah), Sr Dr Tang Kieh Ming (Pengarah Ukur Seksyen), Sr Azrina Binti Reli (Pengarah Ukur Seksyen) dan pegawai - pegawai lain.
Sesi kunjungan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku, diikuti dengan ucapan aluan oleh YBrs Sr Shaffri Bin Baudi (Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah).
YBrs Ts Nueh Kimon (Ketua Jabatan Kolej Vokasional Keningau) turut berkesempatan menyampaikan ucapan penghargaan diatas kesudian pihak BPTSabah menerima kunjungan pihak Kolej Vokasional Keningau.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beserta sesi soal jawab yang interaktif & bermanfaat. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak Kolej Vokasional Keningau atas kunjungan ini. Semoga jalinan strategik ini membuka ruang kerjasama yang lebih erat dalam mendukung pembangunan pendidikan dan teknikal di Sabah.
Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM


_.png)
















Komen