top of page

KURSUS SEMAKAN KUALITI DATA UNMANNED AERIAL SYSTEM (UAS) DAN PENGEMASKINIAN PANGKALAN DATA TOPOGRAFI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI JUPEM NEGERI | 27-30 MEI 2025

 

Kursus Semakan Kualiti Data Unmanned Aerial System (UAS) Dan Pengemaskinian Pangkalan Data Topografi Bagi Pegawai-Pegawai JUPEM Negeri telah diadakan pada 27 hingga 30 Mei 2025 bertempat di Travelodge Hotel, Ipoh Perak. Kursus ini adalah anjuran Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP) dan tujuan penganjuran kursus ini adalah bagi memperluaskan aktiviti pemetaan ke JUPEM negeri.


Tujuan perluasan aktiviti ini adalah untuk melengkapkan pangkalan data JUPEM dalam masa yang singkat sekaligus mampu menerbitkan peta pelbagai skala dengan lebih efektif, maklumat terkini serta berkualiti untuk memenuhi keperluan stakeholder.


Majlis Penutup Kursus
Majlis Penutup Kursus

Kursus ini telah dihadiri oleh 29 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kumpulan pelaksana dari JUPEM seluruh Malaysia. Penceramah yang dijemput terdiri dari pegawai-pegawai JUPEM iaitu Encik Mohd Rifqi Bin Mohd Naseri dan Encik Muhamad Sadiq Bin Abdul Jabar (Penolong Pengarah Ukur, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara) serta Sr Thuaibatul Aslamiah Binti Mastor dan Sr Fahizul Risya Bin Husin (Penolong Pengarah Ukur, Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung).



Kursus ini bertujuan untuk memberi latihan bagi memperkasakan kemahiran pilot UAV dan pemproses data pemetaan di JUPEM Negeri dalam mengendalikan penghasilan data termasuk pendigitan, semakan dan kualiti data agar menepati elemen kualiti yang ditetapkan.


Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Cenderahati Kepada Peserta-peserta Terbaik Kursus


Diharap pemproses data UAS mempunyai kemahiran yang lebih kompetitif dan kompeten dalam menghasilkan data pemetaan yang berkualiti tinggi serta berketepatan tinggi, menggunakan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil.12 Tahun 2021:Peraturan Ukur Geomatik 2021 (PUG 2021).


 
 
 

Siaran Terkini

Lihat Semua
Penandaan KIBLAT di puncak GUNUNG KINABALU

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐈𝐁𝐋𝐀𝐓 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 @ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐅𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 06...

 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page