top of page

KURSUS PERISIAN DATA TRANSLATOR PERTENGAHAN DAN LANJUTAN

KURSUS PERISIAN DATA TRANSLATOR (PERTENGAHAN) DAN KURSUS PERISIAN DATA TRANSLATOR (LANJUTAN) BAGI PROJEK T3/2023 : PEROLEHAN PERKHIDMATAN PEMERKASAAN SISTEM MALAYSIA GEOSPATIAL DATA SERVICES (MYGEOSERVE) UNTUK JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM), KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC) | 23 – 24 JUN 2025 DAN 25 - 26 JUN 2025


Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) telah menganjurkan Kursus Perisian Data Translator (Pertengahan) dan Kursus Perisian Data Translator (Lanjutan) bertempat di MAP2U Sdn. Bhd. Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan pada 23 - 24 Jun 2025 dan 25 - 26 Jun 2025. Kursus ini telah dihadiri seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan BPDGN.


ree

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknikal peserta dalam pengurusan dan pemprosesan data geospatial yang kompleks menggunakan ArcGIS Pro dan Data Interoperability Extension. Fokus utama merangkumi pengoptimuman aliran kerja, pengurusan atribut, validasi data, penyesuaian proses melalui penggunaan parameter dan transformer, serta integrasi dengan pelayan (server) dan format data lanjutan.

 

Secara kesimpulan kursus ini telah berjaya mendedahkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menyokong keperluan pengurusan data geospatial dalam tugasan harian serta memperkukuhkan amalan kerja berasaskan GIS di jabatan.



Sumber: Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), JUPEM.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page