KUNJUNGAN NRES ke SANDAKAN
- ANNA SIENA OTTERAN (JUPEM-BPTSBH)
- 3 Mei 2024
- 1 min membaca
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐒𝐋𝐈 & 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 29 APRIL 2024

Satu Majlis Perjumpaan YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli & Kelestarian Alam (NRES) bersama jabatan dan agensi di Sandakan, Sabah telah diadakan bertempat di Dewan Suria Perdana, JKDM Sandakan pada 29 April 2024.
Turut hadir ke majlis, YBrs. Sr Nazri bin Othman (Pengarah Ukur Bahagian Kadaster JUPEM), YBrs. Pn Norazian Binti Kamaruddin (Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia NRES), YBrs. Sr Shaffri bin Baudi (Pengarah Bahagian Pemetaan Topografi Sabah JUPEM), YBrs. Sr Azmar Bin Che Mat (Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat JUPEM), YBrs. Encik Amirul bin Aripin (Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sabah), YBrs. Encik Amirzudi bin Hashim (Pengarah Jabatan Metrologi Malaysia Sabah) dengan diikuti dengan kehadiran barisan para pegawai & kakitangan daripada jabatan dan agensi dibawah Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam (NRES) di Sandakan dengan jumlah penyertaan seramai 105 peserta.
Majlis dimulakan dengan Sesi Amanat yang telah disampaikan oleh YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli & Kelestarian Alam (NRES) diikuti dengan Sesi Soal Jawab bersama warga NRES Sandakan. YB Menteri dan delegasi NRES turut berkesempatan melawat Pusat Pemuliharaan Orang Utan di Sepilok, Sandakan sebelum menamatkan lawatan kerja rasmi tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri Sumber Asli & Kelestarian Alam (NRES) dan delegasi di atas kesudian berkunjung ke Sandakan dan bersua dengan warga NRES di Sandakan. Diharapkan dengan sesi perjumpaan ini, berupaya menyuntik semangat warga NRES untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sejajar dengan iltizam kerajaan.
Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM
Comments