JPM ke BPTSbh
- ANNA SIENA OTTERAN (JUPEM-BPTSBH)
- 12 Ogo
- 1 min membaca
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐏𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

Kota Kinabalu, Sabah (Isnin) – Bahagian Pemetaan Topografi Sabah telah menerima kunjungan daripada pihak Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Encik Mohd Azli bin Ab Kadir (Pengarah Direktorat Isu Transnasional & Persempadanan) beserta delegasi ke Ibu Pejabat Bahagian Pemetaan Topografi Sabah pada 30 Jun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, BPTSabah.
Pihak BPTSabah yang diketuai oleh Sr Nur Zurairah Binti Abdul Halim (Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah) beserta barisan Pengarah Ukur Seksyen, Ketua - Ketua Cawangan dan Unit Sempadan telah menyambut ketibaan delegasi di Tingkat 3, Ibu Pejabat Bahagian Pemetaan Topografi Sabah. Lawatan kerja ini telah melibatkan agensi-agensi persekutuan negeri Sabah yang berkaitan dengan isu-isu keselamatan di negeri Sabah dan Bahagian Pemetaan Topografi Sabah adalah salah satu daripada agensi tersebut.
En Justin Gitom (Ketua Cawangan Sempadan & Geodesi) telah menyampaikan taklimat berkenaan status terkini persempadanan darat negeri Sabah (Malaysia) dan Kalimantan Utara (Indonesia) diikuti dengan sesi soal jawab dengan pihak delegasi. Pada penghujung sesi lawatan, Sr Nur Zurairah Binti Abdul Halim (Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah) turut berkesempatan menyampaikan cenderahati dalam bentuk peta sebagai perkongsian maklumat dan tanda kenang-kenangan.
Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM


_.png)
















Komen