JAWATANKUASA PEMETAAN DAN DATA SPATIAL NEGARA (JPDSN)
- Sr Sarah Shaharuddin (JUPEM-BDPP)
- 28 Mei
- 2 min membaca
MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA PEMETAAN DAN DATA SPATIAL NEGARA (JPDSN) 2025
| 27 MEI 2025 | SELASA
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pemetaan Dan Data Spatial Negara (JPDSN) telah diadakan pada 27 Mei 2025 bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia merangkap Pengerusi JPDSN. Mesyuarat Khas ini turut dihadiri oleh agensi-agensi luar yang merupakan ahli tetap JPDSN seperti Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Di samping itu, wakil dari Bahagian Tanah, Ukur dan Geospatial (BTUG), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) turut dijemput sebagai pemerhati. Selain itu, mesyuarat turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah Ukur Bahagian di JUPEM selaku wakil Jawatankuasa Teknikal dan Kumpulan Kerja di bawah JPDSN.
Mesyuarat Khas JPDSN ini diadakan bagi membincangkan isu-isu berbangkit yang memerlukan perbincangan dan persetujuan bersama sebelum Mesyuarat JPDSN sebenar diadakan. Pada tahun ini, Mesyuarat JPDSN Ke- 76 dijangka diadakan pada penghujung bulan Oktober 2025.
Mesyuarat telah dibentangkan mengenai Draf Pindaan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2007: Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat, Kajian Resolusi Imej Satelit, Penstrukturan Semula Jawatankuasa dan Kumpulan Kerja di Bawah JPDSN serta Pemakluman Draf Dasar Perkongsian Data Geospatial JUPEM.
Isu-isu yang dibangkitkan di atas secara umumnya telah mendapat kata putus dan akan dibentangkan sewaktu Mesyuarat Mesyuarat JPDSN Ke- 76 sebagai pemakluman.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.30 pagi dan YBhg. Dato Pengerusi JPDSN merakamkan penghargaan di atas kehadiran semua ahli mesyuarat.







Comments