EKSPEDISI UKUR GEODETIK KINABALU BERMULA
- ANNA SIENA OTTERAN (JUPEM-BPTSBH)
- 3 Sep
- 1 min membaca
Updated: 25 Nov
𝑭𝑳𝑨𝑮 𝑶𝑭𝑭 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐃𝐄𝐓𝐈𝐊 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐄𝐍𝐀𝐌 (𝟔) 𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 | 25 OGOS 2025
Flag Off pergerakan pasukan ekspedisi pengukuran geodetik ke atas enam (6) puncak di Gunung Kinabalu telah diadakan pada pagi 25 Ogos 2025 hari ini. Simbolik flag off perlepasan pasukan ekpedisi telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Shaffri bin Baudi (Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah) bersama YBrs. Tuan Yassin bin Kasim (Taman-Taman Sabah). Turut hadir pada acara ini ialah Sr Terence Siew Chi Kong, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS) / Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) Cawangan Sabah dan Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim (Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah).
Ketua ekspedisi telah diketuai oleh Sr Nurul Husna binti Aziz (Bahagian Ukur Geodetik JUPEM) manakala Pengurus Pasukan Ekspedisi diketuai Sr Terence Siew Chi Kong, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS) / Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM). Taklimat keselamatan telah diadakan kepada semua pasukan yang disampaikan oleh En. Julaimin Kamin (Taman-Taman Sabah) selaku Pengurus Logistik & Keselamatan Ekpedisi. Sr Dr. Tang Kieh Ming (Bahagian Pemetaan Topografi Sabah) juga terlibat dalam acara ini selaku Pengurus Penyelarasan dan Komunikasi Ekspedisi sepanjang ekpedisi pengukuran ini berlangsung.
Terdapat lapan (8) Pasukan Puncak (Summit) telah dibentuk bagi melakukan ekspedisi pengukuran yang mempunyai tugasan dan lokasi berbeza masing-masing. Setiap pasukan mempunyai komposisi campuran bersama daripada pihak JUPEM, JTUS, RISM dan Taman-Taman Sabah. Terdapat tiga (3) pasukan Auxiliary (STAPS dan SBM) untuk cerapan di lapangan dan satu (1) pasukan pusat operasi (command centre) sepanjang aktiviti ini berjalan.
Semoga diberikan kelancaran dan dipermudahkan segala urusan semua pasukan hingga ke penghujungnya.
Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM


_.png)






















Komen