EKSPEDISI KINABALU 2025: UJIAN PERALATAN DAN SIMULASI LAPANGAN
- ANNA SIENA OTTERAN (JUPEM-BPTSBH)
- 4 Sep 2025
- 1 min membaca

24 Ogos 2025, Timpohon Gate, Kinabalu Park - Program familiarisasi peralatan geodetik, simulasi metodologi pengukuran dan pengagihan peralatan ukur bagi Ekspedisi Pengukuran Geodetik Ke Atas Enam (6) Puncak di Gunung Kinabalu telah diadakan di Timpohon Gate, Kinabalu Park. Program ini dijalankan sebagai persediaan awal ekpedisi untuk memastikan kefungsian peralatan selain pengagihan peralatan ukur kepada para pengukur dan porter. Berdasarkan agihan, purata berat peralatan ukur dianggarkan sebanyak 40 kilogram akan dibawa oleh setiap porter-porter yang terlibat di dalam ekpedisi ini.

Di antara peralatan yang terlibat di dalam ekpedisi ini adalah alat GNSS Trimble R750 Berantenna Zephyr 3 beserta Tripod bagi cerapan GNSS, alat CG-6 Autograph Gravity Meter beserta Trimble R12 bagi pengukuran graviti, alat Total Station Topcon ES101, bateri (automotif) sebagai sumber tenaga dan radio dua-hala sebagai alat komunikasi.
Untuk makluman, terdapat lapan (8) Pasukan Puncak (Summit) telah dibentuk bagi melakukan ekspedisi pengukuran yang mempunyai tugasan dan lokasi berbeza masing-masing. Setiap pasukan mempunyai komposisi campuran bersama daripada pihak JUPEM, JTUS, RISM dan Taman-Taman Sabah. Terdapat tiga (3) pasukan Auxiliary (STAPS dan SBM) untuk cerapan di lapangan dan satu (1) pasukan pusat operasi (command centre) sepanjang aktiviti ini berjalan.
Semoga diberikan kelancaran dan dipermudahkan segala urusan semua pasukan hingga ke penghujungnya.
Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM


_.png)









Komen