top of page

BARIO TERUS MEMBANGUN: PETA TOPOGRAFI DIKEMASKINI JUPEM


23 - 26 September 2025 | Selasa - Jumaat


Pasukan Kerja Luar dari Pejabat Topografi Wilayah Miri telah melaksanakan pengemaskinian Peta Topografi Siri MY711 A/T Skala 1:10,000 bagi Lembar BW1213 dan BW1218 di kawasan Bario, Miri, Sarawak pada 23 hingga 26 September 2025.


Kerja pengemaskinian ini dijalankan secara digital menggunakan peralatan ukur moden seperti GNSS (Trimble R12) dan Rugged Notebook (GETAC) yang diperoleh melalui Projek Geospatial Data Acquisition System (GDAS). Kaedah pengukuran digital ini meningkatkan kecekapan dan ketepatan dalam pengumpulan serta pemprosesan data topografi terkini di lapangan.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap penyediaan dan penyelenggaraan peta topografi negara, JUPEM sentiasa memastikan maklumat geospatial kekal relevan dan tepat bagi memenuhi keperluan pelbagai pihak berkepentingan. Pengemaskinian peta di kawasan Bario amat signifikan memandangkan kawasan tersebut kini sedang mengalami pembangunan pesat, termasuk pelaksanaan Projek Jalan Raya Sabah Sarawak Link Road (SSLR) (tanpa melalui Negara Brunei Darussalam) yang dijangka siap secara berperingkat antara 2026 hingga 2029.


Pegawai JUPEM melaksanakan kerja ukur topografi lapangan bagi pengemaskinian peta di Bario, Miri.
Pegawai JUPEM melaksanakan kerja ukur topografi lapangan bagi pengemaskinian peta di Bario, Miri.

Usaha ini mencerminkan komitmen JUPEM dalam memastikan liputan peta di negeri Sarawak yang luasnya hampir menyamai Semenanjung Malaysia sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa, baik dalam bentuk hardcopy mahupun digital (pangkalan data topografi).

Lawatan kerja turut diadakan oleh LSr Sylvester Luta Buli, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi Sarawak) bersama Sr Dexter Peter, Penolong Pengarah Ukur Wilayah Miri pada 24 hingga 25 September 2025 bagi meninjau secara langsung operasi dan kemajuan kerja pengemaskinian peta topografi di lapangan (dataset kompilasi). Lawatan ini memberi peluang untuk menilai keberkesanan pelaksanaan kerja luar serta memberi sokongan moral kepada pasukan yang bertugas di kawasan pedalaman.


Pengarah Ukur Bahagian meninjau pelaksanaan kerja ukur topografi di lapangan, Bario, Miri
Pengarah Ukur Bahagian meninjau pelaksanaan kerja ukur topografi di lapangan, Bario, Miri

JUPEM melalui Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak akan terus memperkukuh usaha pengumpulan dan pengemaskinian data geospatial di seluruh negeri bagi memastikan peta topografi sentiasa memenuhi standard ketepatan, kebolehpercayaan, dan kesediaan maklumat yang tinggi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.


Pengarah Ukur Bahagian meninjau operasi pengemaskinian peta topografi bagi lembar BW1213 & BW1218 di Bario
Pengarah Ukur Bahagian meninjau operasi pengemaskinian peta topografi bagi lembar BW1213 & BW1218 di Bario

Pergerakan pasukan kerja luar menuju ke lokasi lembar yang dikemaskini di kawasan Bario, Miri
Pergerakan pasukan kerja luar menuju ke lokasi lembar yang dikemaskini di kawasan Bario, Miri

Antara butiran lapangan yang direkod dalam lembar BW1213 — Balai Polis Bario, Miri
Antara butiran lapangan yang direkod dalam lembar BW1213 — Balai Polis Bario, Miri

Butiran lapangan yang dikenal pasti di lembar BW1213
Butiran lapangan yang dikenal pasti di lembar BW1213

Pengarah Ukur Bahagian bersama pasukan kerja luar
Pengarah Ukur Bahagian bersama pasukan kerja luar


Sumber : Pejabat Topografi Wilayah Miri, JUPEM Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak


Pautan Berkaitan:


Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page