top of page

Edisi Ke-27 JTNGK: Memperkukuh Penamaan Geografi Negara

Pada 16 Julai 2025, Mesyuarat Ke-27 Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi Kebangsaan (JTNGK) telah berlangsung di Grand Swiss-Belhotel, Melaka. JTNGK merupakan badan teknikal tertinggi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal penentuan nama geografi di peringkat kebangsaan. Mesyuarat tahunan ini diadakan bagi membentangkan pelaksanaan aktiviti teknikal di peringkat negeri dan pusat serta membincangkan isu-isu yang berbangkit berkaitan penamaan geografi. Mesyuarat ini dihadiri oleh ketua jabatan dan wakil agensi ahli Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) daripada pelbagai peringkat kerajaan persekutuan dan negeri. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah pembentangan laporan oleh kumpulan-kumpulan kerja di bawah JTNGK serta laporan pelaksanaan aktiviti penamaan di negeri-negeri.


YBrs. Sr Dr. Haji Ahmad Sanusi bin Che Cob, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, telah mempengerusikan mesyuarat ini selaku Pengerusi JTNGK. Seramai 39 orang ahli mesyuarat telah hadir, termasuk wakil daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pusat Geospatial Negara (PGN), Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), PLANMalaysia, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dari seluruh negara.

 

Tiga kumpulan kerja telah membentangkan laporan masing-masing iaitu Kumpulan Kerja Dasar dan Pengemaskinian Nama Geografi (KKDPNG), Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG) dan Kumpulan Kerja Nama Pulau dan Entiti Geografi (KKNPEG). Selain itu, satu pembentangan khas telah disampaikan oleh wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka berhubung inisiatif pelaksanaan Projek Kampung Digital Melaka. Mesyuarat ini turut membincangkan pelbagai isu teknikal dan pentadbiran berkaitan nama geografi, bagi merumuskan penyelesaian yang dipersetujui secara kolektif. Usul dan cadangan yang dikemukakan oleh ketiga-tiga kumpulan kerja tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) yang dijadualkan berlangsung pada bulan November 2025.



 
 
 

Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page