DELEGASI ENERGY COMMISION OF SABAH (ECOS) KE JUPEM
- rosmashaida
- 15 Jan 2024
- 1 min membaca
ππ¨π‘ππ¨π‘πππ‘ ππ’π₯π ππ§ ππ‘ππ₯ππ¬ ππ’π π ππ¦π¦ππ’π‘ π’π π¦ππππ (πππΌπ¦) πππ£πππ πππ§π¨π π£ππ‘πππ₯ππ π¨ππ¨π₯ πππ‘ π£ππ ππ§πππ‘ π ππππ¬π¦ππ | 12 JANUARI 2024
Energy Commision of Sabah (ECoS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) Sr Hazri bin Hassan pada 12 Januari 2024 (Jumaat). JUPEM berbesar hati menerima kunjungan delegasi ECoS yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBhg. Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid yang hadir bersama lima (5) orang pegawai dari agensi berkenaan.

Selain kunjungan hormat kepada KPUP JUPEM, kehadiran ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala dan berkongsi pandangan tentang keperluan dan kepentingan data geospatial kepada agensi.
JUPEM turut dihadiri oleh Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP), Sr Mohamad Azmar bin Che Mat Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat serta Sr Mohd Hilmi bin Abdullah, Penolong Pengarah Ukur juga dari Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK).


_.png)
















Komen