top of page

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗨𝗧𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 (𝗝𝗧𝗣𝗨) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱

22 Julai 2025, KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemetaan Utiliti (JTPU) bagi Tahun 2025 telah pun berlangsung dengan jayanya pada 22 Julai 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. LSr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) yang mana Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU) telah dipertanggungjawabkan selaku urusetia bagi mesyuarat tahunan ini.


Mesyuarat JTPU merupakan salah satu daripada Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemetaan dan Dasar Spatial Negara (JPDSN). Jawatankuasa ini dianggotai oleh 36 Ahli Tetap yang terdiri daripada pelbagai agensi/jabatan antaranya Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Pusat Geospatial Negara (PGN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Agensi Angkasa Malaysia (MySA), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia Berhad (TM), Gas Malaysia Berhad (GMB), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Alam Flora Sdn. Bhd., Southern Waste Management (SWM) Environment Sdn. Bhd., Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Petronas Gas Berhad dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. Turut dijemput adalah wakil dari Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT), Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan Koridor Utiliti Negeri.


YBrs. LSr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) telah mempengerusikan Mesyuarat JTPU Tahun 2025
YBrs. LSr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) telah mempengerusikan Mesyuarat JTPU Tahun 2025
ree
ree

Pada mesyuarat kali ini, LSr Powzy bin Mohd Som, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti) selaku setiausaha Mesyuarat telah membentangkan laporan pencapaian BPU yang meliputi status penerimaan data-data utiliti daripada agensi-agensi penyedia utiliti bagi tujuan dipopulasikan ke dalam Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan (PADU), pencapaian kerja-kerja pengesanan dan pengukuran utiliti bawah tanah yang dijalankan JUPEM dan pembentangan laporan aktiviti Pemetaan Utiliti bagi tempoh Julai 2024 sehingga Julai 2025 serta 𝙬𝙖𝙮 𝙛𝙤𝙧𝙬𝙖𝙧𝙙 JTPU yang telah dirangka bagi tahun 2025.


ree

Sesi Mesyuarat kali ini juga, ahli-ahli mesyuarat telah berpeluang mendengar sesi perkongsian daripada Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) dan Koridor Utiliti Pahang (KUP) berkenaan pengalaman dan pekembangan semasa, amalan terbaik, serta cabaran dalam pelaksanaan dan pengurusan pemetaan utiliti di peringkat Negeri. Wakil dari Jawatankuasa BIM JUPEM, LSr Mohd Farid Al-Azmi bin Isahak, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung juga telah membuat perkongsian berkenaan 𝘽𝙪𝙞𝙡𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙄𝙣𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙈𝙤𝙙𝙚𝙡 (BIM) untuk Pemetaan Utiliti. Ini adalah selaras dalam usaha JTPU memperkukuh peranannya sebagai pemacu kepada tadbir urus data utiliti negara yang lebih efisien, standard dan bersepadu dengan didokong teknologi terkini seperti 𝘼𝙧𝙩𝙞𝙛𝙞𝙘𝙞𝙖𝙡 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙡𝙡𝙞𝙜𝙚𝙣𝙘𝙚 (AI), 𝘼𝙪𝙜𝙢𝙚𝙣𝙩𝙚𝙙 𝙍𝙚𝙖𝙡𝙞𝙩𝙮 (AR) dan BIM. Mesyuarat diakhiri dengan sesi penyampaian Sijil Penghargaan kepada Agensi/Jabatan yang telah membuat perkongsian data untuk dipopulasikan ke dalam PADU bagi Tahun 2025.


ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree

 
 
 

Siaran Terkini

Lihat Semua
Penandaan KIBLAT di puncak GUNUNG KINABALU

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐈𝐁𝐋𝐀𝐓 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 @ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐅𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 06...

 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page