top of page

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—™๐—”๐—–๐—˜ ๐—จ๐—ง๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐— ๐—”๐—ฃ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š (๐—ก๐—ฎ๐—ฆ๐—จ๐— )

Kuala Lumpur, 13 November 2025 โ€“ Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), melakar sejarah dengan Pelancaran National Subsurface Utility Mapping (NaSUM). Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ LSr Hazri Bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, bertempat di AC Hotel, Kuala Lumpur.


YBhg. Datoโ€™ KPUP di dalam ucapannya antara lain amat berharap komitmen dan kerjasama daripada semua pemegang taruh untuk berkongsi data-data geomatik utiliti bawah tanah masing-masing kepada pihak JUPEM sebagai mana hasrat Kerajaan menerusi Memorandum Jemaah Menteri pada tahun 1994 dan 1998. Selain itu, YBhg. Datoโ€™ KPUP juga menekankan perihal halatuju pemetaan utiliti adalah ke arah Building Information Modelling (BIM).


NaSUM adalah sebahagian usaha JUPEM untuk memperkasa dan mempertingkatkan peranan JUPEM sebagai pusat repositori tunggal data utiliti dan peneraju pemetaan utiliti di Malaysia.

Melalui NaSUM, laman web dan aplikasi telefon pintar telah dibangunkan. Modul-modul yang dibangunkan adalah paparan peta interaktif, tempahan makmal ujian alat, repositori, workflow dan kerja lapangan. Aset-aset yang dibekalkan dalam projek ini juga dipamerkan kepada para jemputan.


Sebagai penutup, JUPEM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kontraktor, pemegang taruh, para jemputan, serta urusetia dan warga kerja BPU atas komitmen dan sumbangan dalam menjayakan Majlis Pelancaran National Subsurface Utility Mapping (NaSUM).


ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree
ree

ย 
ย 
ย 

Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page