top of page

AUDIT KESELAMATAN DATA GEOSPATIAL

MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT KESELAMATAN DATA GEOSPATIAL (JAKG) BILANGAN 1 TAHUN 2024

 

Jawatankuasa Audit Keselamatan Data Geosptial (JAKG) telah mengadakan Mesyuarat JAKG Bil. 1 Tahun 2024 pada 13 Ogos 2024 (Selasa) bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15 Wisma JUPEM yang telah dipengerusikan oleh Sr Saiful Wazlan Bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan selaku Pengerusi JAKG. Jawatankuasa ini merupakan salah satu daripada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemetaan dan Dasar Spatial Negara (JPDSN) pada 20 Oktober 2019. Penubuhan jawatankuasa ini adalah selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007 - Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat.  Di antara objektif JAKG adalah memastikan tidak terdapat sekatan atau batasan yang tidak wajar yang boleh menjejaskan pelaksanaan auditan berteraskan kepada Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007 dan membantu organisasi memenuhi matlamat tadbir urus keselamatan data yang baik melalui pendekatan yang sistematik serta berdisiplin.  


Mesyuarat JAKG Bil. 1 Tahun 2024 ini telah dihadiri seramai 15 orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi seperti Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS), Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (DOA),  dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pelbagai perkara-perkara berbangkit telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut. Antaranya adalah berkaitan isu-isu berbangkit daripada sesi pengauditan keselamatan data geospatial terperingkat, pengemaskinian deraf Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2007, outreach berkaitan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2007 dan perancangan aktiviti-aktiviti bagi JAKG bagi tahun 2024 dan 2025.


ree
Ahli-Ahli Mesyuarat JAKG
ree
Ucapan Aluan Pengerusi JAKG
ree
Sesi Mesyuarat Berlangsung
ree
Sesi Mesyuarat Berlangsung

ree
Barisan Sekretariat JAKG

Siaran Terkini

Lihat Semua
Penandaan KIBLAT di puncak GUNUNG KINABALU

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐈𝐁𝐋𝐀𝐓 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 @ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐅𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 06...

 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page