40 PESERTA KURSUS PENGUKURAN DAN PEMETAAN BAWAH TANAH KE MAKMAL UJIAN ALAT PENGESANAN UTILITI BAWAH TANAH, JUPEM
- SR MOHD FAIRUZ BIN ISHAK (JUPEM-BPU)
- 11 Ogo
- 1 min membaca
16 JULAI, KUALA LUMPUR – Pihak Lembaga Juruukur Tanah (LJT) dengan kerjasama Bahagian Pemetaan Utiliti, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah mengadakan sesi latihan bagi ujian alat pemetaan utiliti bawah tanah di bawah Kursus Pengukuran dan Pemetaan Bawah Tanah bertempat di Ibu Pejabat JUPEM. Seramai 40 orang peserta kursus yang terlibat yang juga merupakan Orang Berartikel (Article Pupil) ini merupakan kumpulan yang pertama bagi pelaksanaan Bahagian V – Peperiksaan Bahagian I berdasarkan kepada Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024.
Para peserta telah didedahkan secara teori dan praktikal bagi prosedur menjalankan ujian alat pemetaan utiliti disamping untuk memastikan peralatan utiliti tersebut berada dalam keadaan yang baik. Para peserta juga telah diberi penekanan berkaitan penggunaan alat Ground Penetrating Radar (GPR) serta alat Electromagnetic Locator (EML) di lapangan. Sesi latihan tersebut telah dikendalikan oleh empat orang wakil dari Bahagian Utiliti iaitu LSr Mohd Fairuz bin Ishak, Penolong Pengarah Ukur, Sr Mohd Harris Hafizi bin Mohd Shahidan, Penolong Pengarah Ukur, En. Khairul Fahmi bin Mansor, Penolong Juruukur, En. Nik Razali bin Nik Man, Penolong Juruukur dan En. Ahmad Shah bin Muhammad Faíz, Penolong Juruukur.




留言