SESI PERKONGSIAN DAN PERBINCANGAN TEKNIKAL PENGGUNAAN ALAT GROUND PENETRATING RADAR (GPR) ANTARA BPU, JUPEM DAN BPT, JMG
- SR MOHD FAIRUZ BIN ISHAK (JUPEM-BPU)
- 19 Nov
- 1 min membaca
Ipoh, 11 November 2025 – Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bersama dengan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Jabatan Mineral Geosains (JMG) telah mengadakan satu sesi perkongsian dan perbincangan berkenaan dengan penggunaan alat Ground Penetrating Radar (GPR) dalam kes penyiasatan geologi yang telah dijalankan oleh pihak BPT, JMG terbabit.
LSr Powzy bin Mohd Som, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti) yang mewakili BPU bersama-sama dengan Sr Mohd Noor bin Wagiran, Pengarah Ukur Seksyen (Naziran dan Pembangunan Pangkalan Data), LSr Mohd Fairuz bin Ishak, Penolong Pengarah Ukur, Sr Mohd Harris Hafizi bin Mohd Shahidan, Penolong Pengarah Ukur dan Encik Nik Razali bin Nik Man, Penolong Juruukur turut hadir ke sesi perbincangan dan perkongsian tersebut.
Pihak BPT, JMG yang diwakili oleh Pn. Hairani Sham binti Manas, Timbalan Pengarah Unit Geoffizik bersama 3 orang pegawai BPT, JMG telah membentangkan dan berkongsi pengalaman dalam penggunaan alat GPR di dalam aktiviti berkaitan kajian struktur tanah dan operasi bencana seperti kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Pihak BPU turut berkongsi pengunaan alat geofizik seperti Ground Penetrating Radar (GPR) dan Electromagnetic Locator (EML) dalam aktiviti pengesanan dan pengukuran pemetaan utiliti bawah tanah. Sesi perkongsian ini juga turut membincangkan beberapa isu teknikal berkaitan kaedah penggunaan alat GPR berdasarkan kepada jenis frekuensi yang sesuai, ketepatan data dan jenis soil properties yang turut memberikan kesan kepada penggunaan alat GPR terbabit.
Sesi perkongsian dan perbincangan teknikal antara pihak BPU dan BPT, JMG ini telah memberi input serta pengalaman tambahan terutamanya melibatkan penggunaan alat GPR di dalam aktiviti-aktiviti masing-masing. Di akhir sesi, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda penghargaan.








_.png)




Komen