top of page

Menjejaki Dokumen Sempadan: Usaha Berterusan BEP JUPEM dalam Memelihara Integriti Sempadan Negara

Updated: 25 Nov 2025

BEP JUPEM MENELUSURI DOKUMEN SEMPADAN BAGI MEMASTIKAN SEMPADAN NEGERI DAN NEGARA KEKAL SAHIH, 10 - 14 NOVEMBER 2025


Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah melaksanakan kajian pengesanan dan penyelidikan dokumen sempadan di dua lokasi utama di Pulau Pinang, iaitu di Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia (USM). Lawatan ini bertujuan untuk mengesan, mengenal pasti dan meneliti dokumen sejarah serta rujukan berkaitan persempadanan negeri, termasuk peta lama, laporan ukur terdahulu, perjanjian lama dan treaty yang berkaitan sempadan.


Di Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang, pasukan BEP meneliti beberapa koleksi simpanan rasmi kerajaan termasuk rekod jabatan negeri dan fail-fail lama berkaitan persempadanan. Semakan dijalankan dengan bantuan Encik Nazrim Syah bin Nazeri, Penolong Pengarah Arkib Negeri II dan Encik Abdul Malek bin Meera Hussain, Pembantu Operasi.


Pasukan kemudian meneruskan pencarian di Perpustakaan Hamzah Sendut, USM, untuk meneliti koleksi akademik dan bahan ilmiah yang berkaitan. Proses pencarian turut dibantu oleh Puan Noor Azlinda binti Wan Jan, Pustakawan Kanan yang menyediakan akses kepada koleksi rujukan sempadan. Semakan di USM dilakukan dengan bantuan mesin pembaca mikrofilem yang disediakan pihak universiti bagi memudahkan proses rujukan.


Pengesanan dokumen ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BEP untuk memperkukuh sumber dokumentasi rasmi bagi memastikan urusan persempadanan negeri dan negara dapat dilaksanakan dengan lebih teliti, teratur dan berlandaskan rujukan yang sahih. BEP JUPEM merakamkan penghargaan kepada pihak Arkib Negara Cawangan Pulau Pinang dan Perpustakaan Hamzah Sendut, USM, atas kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang kajian dijalankan.



 
 
 

Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page