MEMBINA MASA DEPAN GEOMATIK: JUPEM TERAJUI PERUBAHAN
- beritaukur digital
- 16 Jul
- 2 min membaca

Putrajaya, 10 Julai 2025 – Susulan Forum Hala Tuju Profesion Juruukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan kerjasama Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT), Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan Datapro Technologies (M) Sdn. Bhd. turut menganjurkan siri bengkel tertutup bersama Pengarah – Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri serta Pengarah – Pengarah Ukur Bahagian. Bengkel Hala Tuju Profesion Juruukur bersama pihak JUPEM ini berlangsung pada 10 Julai 2025 di Bilik Zenith III, Zenith Hotel, Putrajaya dengan kehadiran lebih 50 orang. Tidak ketinggalan hadir dalam bengkel ini ialah YBrs. LSr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I serta LSr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II.
Bengkel ini bertujuan membentangkan dapatkan kajian sepanjang lapan bulan yang lalu, membincangkan dapatan forum secara mendalam serta merangka pelan tindakan strategik jangka pendek, sederhana dan panjang ke arah memperkukuh profesion juruukur. Antara pengisian inisiatif yang menjadi perhatian semasa bengkel termasuklah Pemantapan Perkhidmatan Berorientasikan Pelanggan dan Nilai Tambah, Pendigitalan Proses Dalaman dan Transformasi Tadbir Urus, Pembangunan Bakat dan Pengurusan Kerjaya secara Berstruktur serta Penerapan Teknologi Geospatial Terkini dan Analitik Data Besar.
Dapatan daripada bengkel ini akan diterjemahkan semula dan dimuktamadkan bersama Pegawai-Pegawai Kanan JUPEM bagi membangunkan Draf Blueprint Hala Tuju Profesion Juruukur kelak. Ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Bengkel Hala Tuju Profesion Juruukur. Komitmen dan penglibatan aktif para peserta, Ahli Jawatankuasa Kerja dan urus setia telah memastikan bengkel ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Dapatan dan perbincangan yang telah dirumuskan diharap dapat menjadi pemacu kepada transformasi organisasi dan hala tuju strategik JUPEM ke arah memperkukuh profesion juruukur yang lebih mampan, relevan dan berimpak tinggi selari dengan kehendak semasa Malaysia MADANI.


_.png)








Komen