top of page

KOLOKIUM JAWATANKUASA TEKNIKAL PENYELIDIKAN GEOINFORMASI/GEOMATIK KEBANGSAAN (JTPGGK) TAHUN 2025 DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM), BANGI | 21 OGOS 2025


21 Ogos 2025, BANGI - Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menganjurkan Kolokium Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan Geoinformasi/Geomatik Kebangsaan (JTPGGK) Tahun 2025. Program yang berlangsung di Auditorium Akademia Siber Teknopolis (ATS), UKM ini telah menghimpunkan para penyelidik, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pihak industri.


Lsr Dr. Ahmad Sanusi Che Cob ( Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1 ), merangkap Pengerusi JTPGGK telah memberikan ucapan alu-aluan dan merasmikan kolokium JTPGGK Tahun 2025
Lsr Dr. Ahmad Sanusi Che Cob ( Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1 ), merangkap Pengerusi JTPGGK telah memberikan ucapan alu-aluan dan merasmikan kolokium JTPGGK Tahun 2025

Bertemakan "Connecting Minds, Mapping Futures", kolokium ini bermatlamat untuk menjadi platform perkongsian dapatan kajian, inovasi, dan isu-isu berkaitan bidang geoinformasi dan geomatik oleh setiap Kumpulan Kerja (WG) JTPGGK.


Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1, menyampaikan cenderahati kepada Prof. Faizal Mohamed ( Timbalan Naib Canselor UKM - Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat ) sebagai tanda penghargaan semasa program JTPGGK Tahun 2025
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1, menyampaikan cenderahati kepada Prof. Faizal Mohamed ( Timbalan Naib Canselor UKM - Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat ) sebagai tanda penghargaan semasa program JTPGGK Tahun 2025

Sesi perkongsian ilmiah telah menampilkan barisan penceramah pakar dengan tajuk-tajuk yang relevan kepada pembangunan negara, antaranya:


WG 1: Geospatial Science and Technology

Prof. Madya Sr Dr. Abdullah Hisam bin Omar (UTM) : "Pemodelan Landskap Bawah Air di Sarawak Selaras Dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid (PCDS)".

Peter Valentine Amandus Jr. (PLANMalaysia): "Malaysia Urban Observatory: Peranan Data Raya (Big Data) Dalam Amalan Perancangan Perbandaran Negara".


WG 2: Urban

Muhammad Anwar bin Ramli (PLANMalaysia): "Panduan Penilaian Tahap Ketepuan dan Penentuan Intensiti Pembangunan Bandar".

TPr. Shahrul Niza bin Samsudin (PLANMalaysia): "Pembangunan Aplikasi Sistem Maklumat Guna Tanah Perancangan Bersepadu (i-PLAN) Dalam Perancangan Dan Pembangunan Negara".


WG 3: Ocean and Coast

Ts. Gs. Anizawati binti Ahmad (NAHRIM): "Sistem Analisis Garis Pantai Digital (DSAS) untuk Estuari di Semenanjung Malaysia".

Dr. Shahirah Hayati binti Mohd Salleh (UKM): "Analisis Batas, Kelekukan Hidrodinamik dan Angkutan Endapan Muara Terhadap Aliran Sungai Ekstrem dan Kenaikan Aras Laut".


WG 4: Natural Resource Management

Ahmad Firdaus bin Shamsul Baharin (JMG): "MyQDM: Utilizing AI for Dust Pollution Detection and Source Identification in Quarry Operations".


Pihak Urus Setia JUPEM/BPDGN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah, rakan penganjur UKM, serta para peserta yang hadir. Semoga kolokium ini berjaya mencapai objektifnya dalam menyokong dasar dan pembangunan negara melalui penyelidikan berimpak.


Sekitar Program Kolokium Penyelidikan Geoinformasi/Geomatik Kebangsaan 2025 di UKM. Antara momen menarik termasuk sesi pembentangan, perkongsian ilmu, foto kenangan bersama, dan kehadiran para peserta yang memeriahkan program anjuran JUPEM dengan kerjasama UKM


Sumber : Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), JUPEM

Jurufoto : Media JUPEM

Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page