top of page

KOLABORASI SARINGAN KESIHATAN BERSAMA JUPEM NEGERI SELANGOR


Pada 31 Oktober 2025 (Jumaat), Sektor Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD Petaling) dengan kerjasama JUPEM Negeri Selangor telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan Percuma bertempat di Bilik Visual, Tingkat 17, JUPEM Negeri Selangor.


Program ini diadakan sempena Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan dengan objektif untuk memperkasakan kawalan kesihatan kendiri dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pencegahan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan warga kerja.


Kakitangan sedang membuat saringan
Kakitangan sedang membuat saringan

Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila 99% kakitangan JUPEM Negeri Selangor hadir menjalani pemeriksaan kesihatan.

Tuan Pengarah sedang membuat pemeriksaan kesihatan
Tuan Pengarah sedang membuat pemeriksaan kesihatan

Turut bersama-sama memeriahkan program ialah Tuan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor, LSr Looi Kam Seng, serta Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Puan Fazella Salwa binti Solehin, bersama warga kerja JUPEM yang lain. Kehadiran beberapa kakitangan daripada Pejabat Ukur Daerah turut menceriakan suasana.

Pihak PKD Petaling merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JUPEM Negeri Selangor atas kerjasama yang diberikan.



Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Seksyen Khidmat Pengurusan dan Seksyen Teknologi Maklumat atas sumbangan tenaga, komitmen, dan dedikasi dalam menjayakan program kolaborasi ini.


Semoga kerjasama strategik sebegini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan kesihatan bersama.


Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page