top of page

Jalinan AKRAB Penghubung Ukhuwah


TANJUNG BALAU, 17 Mei – Program Jalinan AKRAB MADANI Tahun 2026 telah berjaya dianjurkan selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Mei 2026 di Tanjung Balau menerusi kerjasama antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Johor (JUPEM Johor).


Program yang menghimpunkan seramai 90 peserta daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan itu merupakan inisiatif bagi mendukung hasrat Kerajaan Malaysia dalam memperkukuhkan pengetahuan berkaitan kenegaraan serta pembinaan negara berteraskan konsep Malaysia MADANI.


Menurut Pengarah Program Jalinan AKRAB MADANI 2026, Puan Norhaslinda Abd. Rashid, program tersebut disusun dengan pengisian santai namun tetap menerapkan elemen pemantapan AKRAB, semangat kerja berpasukan serta pembangunan sahsiah diri dalam kalangan peserta.



Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya latihan dalam kumpulan, Program Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH), Tanjung Balau Explore Race, aktiviti mewarna batik serta Majlis Apresiasi AKRAB.


Program KUDAH turut mencatat kejayaan apabila peserta berjaya mengumpulkan sebanyak 296.6 kilogram sampah di sekitar kawasan pantai Tanjung Balau sebagai tanda komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar dan kebersihan kawasan rekreasi dan perkampungan nelayan. Program KUDAH ini turut disokong dengan tajaan minum pagi oleh McDonald's Kota Tinggi.


Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Mohd Fakharur Razziy bin Hazran, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia KEJORA. Turut hadir ialah LSr Muhamad Nur bin Muhamad Yatim selaku wakil rasmi kepada Lsr Rosli bin Mohammed, Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor.


Penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi platform dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi selain menyemai semangat kebersamaan, kepimpinan dan nilai murni dalam kalangan peserta selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI di kalangan penjawat awam.






1 Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
Mohd Shah
08 Jun
Dinilai 1 daripada 5 bintang.

Satu program yang amat bermakna bagi kami penjawat awam untuk direalesasikan dalam perkhidmatan awam bagi mencapai hasrat kerajaan membina Negara MADANI.

Suka
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page