KIK
- ANNA SIENA OTTERAN (JUPEM-BPTSBH)
- 2 Sep
- 2 min membaca
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐢𝐃𝐄𝐀𝐋𝐒𝐂𝐀𝐏𝐄 𝐇𝐎𝐑𝐈𝐙𝐎𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐅 (𝐊𝐈𝐊) | 𝟐𝟓 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

Sesi taklimat iDEALSCAPE Horizon Baharu KIK Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah) telah dipengerusikan oleh Sr Shaffri Bin Baudi (Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah) yang diadakan pada 25 Jun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat BPTSabah . Turut hadir Pengarah Ukur Seksyen (PUS), Penolong Pengarah Ukur (PPU), Ketua Cawangan(KC), Ketua Unit (KU) daripada Ibu Pejabat BPTSabah serta Pejabat Wilayah Topografi Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Sesi taklimat ini turut menjemput wakil KIK daripada Ibu Pejabat JUPEM iaitu Sr TS. Muhamad Nur Bin Muhamad Yatim (PPU Bahagian Ukur Geodetik) dan Kumpulan KIK, The Rajang daripada Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (BPTSwk).
Sesi dimulakan dengan sesi nyanyian lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku diikuti ucapan aluan daripada Sr Shaffri Bin Baudi, (Pengarah Ukur Bahagian BPTSabah). Kemudian, Sr TS. Muhamad Nur Bin Muhamad Yatim (PPU Bahagian Ukur Geodetik) telah menyampaikan taklimat Kepentingan Inovatif dan Kreatif dalam JUPEM yang menerangkan kepentingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di dalam sesebuah organisasi dan Jabatan khusumya JUPEM. Selain itu, taklimat turut mendedahkan tentang tatacara dan prosedur terkini di dalam pelaksanaan KIK serta manfaat yang dapat diperolehi hasil pelaksanaan kepada organisasi dan individu. Seterusnya, Ketua Kumpulan KIK dari BPT Sarawak The Rajang, Puan Catherine Banun ak Ingku telah berpeluang menyampaikan taklimat bertajuk Penanda Aras KIK Jabatan diikuti dengan tayangan video Projek Uni-Stove Kumpulan "The Rajang" di samping perkongsian cabaran & percubaan yang dihadapi oleh kumpulan tersebut sebelum akhirnya mendapat hasil yang dikehendaki. Kumpulan "The Rajang" turut berkesempatan menunjukkan demostrasi Projek Uni-Stove di kawasan pejabat.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Sr TS. Muhamad Nur Bin Muhamad Yatim & Kumpulan KIK "The Rajang" kerana sudi hadir dan berkongsi pengalaman di dalam projek KIK. Semoga sesi taklimat dan perkongsian pengalaman yang disampaikan ini dapat dimanfaatkan oleh semua warga BPT Sabah dan memberi pendekatan untuk meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai untuk menghasilkan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di peringkat Jabatan.
Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM
Komen