top of page

6 Puncak, 4 Agensi, 1 Misi – Eksplorasi Geodetik Gunung Kinabalu

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 (𝐒𝐎𝐅𝐓-𝐋𝐀𝐔𝐍𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆) & 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐃𝐄𝐓𝐈𝐊 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐄𝐍𝐀𝐌 (𝟔) 𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔, 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐀 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀𝐊-𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀𝐊 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 | 23 OGOS 2025


ree

Satu majlis pra pelancaran dan taklimat ekspedisi pengukuran geodetik ke atas enam (6) puncak di Gunung Kinabalu telah diadakan di bawah projek kajian impak gempa bumi terhadap puncak-puncak gunung kinabalu. Projek kajian impak gempa bumi ini dilaksanakan melalui kolaborasi antara empat (4) pihak utama iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS), Taman - Taman Sabah dan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Cawangan Sabah.


Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBhg. Datuk Dr. Maklarin Lakim, Direktor of Sabah Parks, Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS). Ucapan aluan serta amanat juga disampaikan oleh YBrs. Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah bagi meluahkan hasrat serta harapan beliau agar projek ini berjaya. Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua rakan strategik projek ini atas sokongan dan komitmen tinggi yang diberikan. Bagi pihak RISM Sabah, ucapan aluan telah disampai oleh YBrs. Sr Ts. Allen Leslie Chin, Pengerusi Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Cawangan Sabah. Seterusnya, majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Sr Bernard Liew Chau Min, Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur Negeri Sabah di hadapan semua para hadirin dan diteruskan dengan sesi menandatangani Sijil Perakuan Kerjasama Kolaborasi Antara Agensi Bagi Tujuan Kajian oleh Pengarah-Pengarah Bersama projek.


Beberapa siri taklimat juga telah diadakan untuk memberikan pencerahan menyeluruh kepada semua hadirin, khususnya anggota pasukan pendaki. Bagi pihak JUPEM BPT Sabah taklimat ringkas telah disampaikan oleh Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian yang menceritakan serba sedikit mengenai bagaimana kajian ini boleh dilaksanakan serta jangkaan hasil output yang akan diperolehi kelak. Taklimat diteruskan yang disampaikan oleh En. Julaimin Kamin, Taman-Taman Sabah mengenai taklimat keselamatan dan kesihatan terutama untuk para peserta pendaki ekspedisi dan diakhiri oleh taklimat daripada Sr. Nurul Husna binti Aziz, Penolong Pengarah Ukur Bahagian Ukur Geodetik mengenai metodologi pengukuran dan pengenalan peralatan yang digunakan.


Besarlah harapan Jabatan ini agar projek ini dapat berjaya dengan baik hasil daripada perancangan yang rapi, sokongan logistik yang sempurna serta kesediaan kepakaran teknikal yang telah digembleng bersama yang akan membuahkan hasil. Semoga pasukan yang menyertai ekspedisi mendaki ini diberikan kekuatan fizikal, kesabaran mental dan ketepatan teknikal bagi melaksanakan pengukuran di puncak Gunung Kinabalu yang penuh mencabar.



Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM

Siaran Terkini

Lihat Semua
Penandaan KIBLAT di puncak GUNUNG KINABALU

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐈𝐁𝐋𝐀𝐓 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 @ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐅𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 06...

 
 
 

Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page