top of page

SESI TOWNHALL DASAR PEMETAAN UTILITI BAWAH TANAH OLEH JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) BERSAMA AGENSI PEMEGANG TARUH

Updated: 25 Nov

Khamis, 29 Mei 2025 - Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan Sesi Townhall Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah Oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Bersama Agensi Pemegang Taruh bertempat di Dewan Prima LJT, Wisma LJT, Kuala Lumpur. Sesi Townhall ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dengan dihadiri oleh pegawai kanan JUPEM berserta kira-kira 200 orang wakil dari pelbagai kementerian, jabatan/agensi, pihak berkuasa negeri dan syarikat penyedia utiliti.


Sesi taklimat Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah Negara ini telah disampaikan oleh YBrs. LSr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan). Penganjuran sesi Townhall ini adalah bertujuan sebagai salah satu siri libat urus bersama dengan agensi pemegang taruh bagi pemakluman awal akan Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah di peringkat negara. Sesi soal jawab bersama dengan peserta sesi townhall turut diadakan melibatkan 3 ahli panel iaitu YBrs. LSr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan), YBhg. Datuk Muhammad Yasir Bin Yahya, Setiausaha Bahagian (Tanah, Ukur dan Geospatial), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan YBrs. LSr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) dan moderator oleh LSr Powzy bin Mohd Som, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti).

 

Sesi Townhall Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah Oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Bersama Agensi Pemegang Taruh telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' LSr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
Sesi Townhall Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah Oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Bersama Agensi Pemegang Taruh telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' LSr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
ree

Pewujudan dasar ini diharap dapat mengatasi isu dan masalah yang dihadapi negara dalam pengurusan aset utiliti bawah tanah khususnya dalam menangani insiden yang tidak terduga berpunca dari pelbagai faktor seperti akibat kecuaian dalam kerja-kerja pengorekan, bencana alam, kerosakan aset utiliti yang telah usang, berlakunya perubahan struktur tanah seperti tanah runtuh dan tanah jerlus serta tindakan sabotaj dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Disamping itu, penggubalan dasar ini juga selari dengan langkah-langkah negara-negara maju yang turut menggubal dasar dan perundangan yang jelas mengenai pengurusan dan pemetaan utiliti bawah tanah masing-masing.

 

Melalui Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah ini juga akan memperkukuhkan lagi peranan JUPEM seperti mana Memorandum Jemaah Menteri daripada Menteri Kerja Raya No. 599/1939/94 pada 24 Ogos 1994 yang telah bersetuju supaya JUPEM menyimpan peta-peta utiliti bawah tanah serta Memorandum Jemaah Menteri No. 39/2104/98 dari Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos pada 14 Januari 1998 yang antara lainnya adalah supaya pihak Agensi Penyedia Utiliti mengemaskini pangkalan data utiliti mereka dan membekalkan maklumat berkenaan kepada JUPEM bagi membolehkan JUPEM mengemaskini pelan utiliti berdigit mereka dari semasa ke semasa dan pelaksanaan Geographic Information System (GIS) disegerakan bagi membolehkan penggunaannya di seluruh negara.



 
 
 

Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page