top of page

SAMBIL RIADAH, SAMPAH PUN TERSINGKIR itulah KUDAH

Updated: 25 Nov 2025

PROGRAM GOTONG ROYONG KUTIP SAMPAH SAMBIL BERIADAH (KUDAH) ANJURAN JUPEM BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SARAWAK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2025


Jumaat, 29 Ogos 2025 - Warga Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (BPT Sarawak) telah menyahut seruan sempena Bulan Kemerdekaan dengan melaksanakan Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) bertempat di kawasan rekreasi Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).


Program ini diadakan bagi menyemai semangat tanggungjawab terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar melalui aktiviti gotong royong pembersihan kawasan rekreasi yang digabungkan dengan aktiviti riadah.


Pengarah Ukur Bahagian (tengah) kutip sampah bersama Warga BPT Sarawak


Turut hadir memeriahkan program ialah LSr Sylvester Luta Buli, Pengarah Ukur Bahagian (PUB); Sr Norman bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (TPUB) dan Sr Norazmel bin Abdul Karim, Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Maklumat Geospatial (PUS (PMG)). Kehadiran pihak pengurusan tertinggi BPT Sarawak ini jelas menunjukkan komitmen terhadap usaha pemeliharaan alam sekitar.


Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku oleh warga BPT Sarawak yang turut serta, diikuti dengan ucapan ringkas Pengarah Ukur Bahagian. Suasana pagi itu semakin meriah dengan aktiviti senamrobik beramai-ramai sebelum para peserta melaksanakan aktiviti pembersihan di sekitar kawasan rekreasi MBKS.


Senamrobik warga BPT SARAWAK KUCHING


Menariknya, program KUDAH turut dilaksanakan serentak di peringkat wilayah lain iaitu di Dataran Bandar Sibu dan Pantai Luak Esplanade, Miri pada 28 Ogos 2025 (Khamis), melibatkan penyertaan kakitangan Pejabat Topografi Wilayah Sibu dan Miri.


Warga Pejabat Topografi Wilayah Sibu


Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pegawai serta warga kerja JUPEM yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) 2025 berjaya menyemarakkan semangat kemerdekaan di samping meningkatkan kesedaran warga kerja JUPEM terhadap kepentingan kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Penganjuran yang disertai dengan aktiviti riadah ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim sesama warga jabatan, malah turut memberi impak positif kepada komuniti serta menyerlahkan komitmen bersama dalam menjaga bumi tercinta. Diharapkan program seumpama ini dapat memberi impak positif kepada komuniti dan alam sekitar selain menyemarakkan semangat kerjasama di kalangan warga BPT Sarawak dengan sokongan padu daripada pihak berkuasa tempatan - Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Bandaraya Miri dan Majlis Perbandaran Sibu.


Informasi : “Aktiviti riadah yang sihat bukan sekadar menyegarkan tubuh dan minda, malah apabila digandingkan dengan usaha menjaga kebersihan, ia menjadikan kita lebih sihat sambil memastikan alam sekitar terus terpelihara untuk generasi seterusnya.”


Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (BPT Sarawak), Maklumat mengenai manfaat riadah sihat dirujuk daripada Portal MyHEALTH, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organization (WHO). Manakala informasi berkaitan kebersihan alam sekitar diperoleh daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) serta United Nations Environment Programme (UNEP).



Pengarah Ukur Bahagian bersama warga BPT SARAWAK


Warga BPT SARAWAK - Ibu Pejabat BPT SARAWAK & Pejabat Topografi Wilayah Kuching


Senamrobik warga BPT SARAWAK KUCHING


Senamrobik warga BPT SARAWAK KUCHING


Ucapan Perasmian Program KUDAH OLEH PUB


Senamrobik WARGA BPT SARAWAK KUCHING


Senamrobik WARGA BPT SARAWAK KUCHING


Aktiviti Kutip Sampah


Warga BPT SARAWAK IBU PEJABAT KUCHING & PTW KUCHING


Pengarah Ukur Bahagian


PUB bersama warga BPT SARAWAK Kutip Sampah


Senamrobik




Kutip Sampah dikalangan warga BPT SARAWAK KUCHING


Kutip Sampah dikalangan warga BPT SARAWAK KUCHING


Kutip Sampah dikalangan warga BPT SARAWAK KUCHING


Kutip Sampah dikalangan warga BPT SARAWAK KUCHING


Kutip Sampah dikalangan warga BPT SARAWAK KUCHING


Kutip Sampah dikalangan warga BPT SARAWAK KUCHING


Warga BPT SARAWAK KUCHING


Kutip Sampah dikalangan warga BPT SARAWAK KUCHING


Kutip Sampah dikalangan warga BPT SARAWAK KUCHING


Kutip Sampah dikalanga Warga PEJABAT TOPOGRAFI WILAYAH SIBU


Kutip Sampah dikalanga Warga PEJABAT TOPOGRAFI WILAYAH SIBU


Kutip sampah dikalangan warga PEJABAT TOPOGRAFI WILAYAH MIRI


Kutip sampah dikalangan warga PEJABAT TOPOGRAFI WILAYAH MIRI


Kutip sampah dikalangan warga PEJABAT TOPOGRAFI WILAYAH MIRI


PENOLONG PENGARAH UKUR PEJABAT TOPOGRAFI WILAYAH MIRI


Kutip sampah dikalangan warga PEJABAT TOPOGRAFI WILAYAH MIRI


Kutip sampah dikalangan warga PEJABAT TOPOGRAFI WILAYAH MIRI


Kutip sampah dikalangan warga PEJABAT TOPOGRAFI WILAYAH MIRI


WARGA PEJABAT TOPOGRAFI WILAYAH MIRI



Komen

Dinilai 0 daripada 5 bintang.
Belum ada penilaian

Tambah penilaian
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page