top of page

JUPEM KOMITED BANTERAS DADAH

UJIAN URIN MENGEJUT DENGAN KERJASAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) | 5 FEBRUARI 2024


Ujian urin mengejut telah dilaksanakan oleh Unit Integriti JUPEM dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sentul, Kuala Lumpur pada 5 Februari 2024 di Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN). Operasi ini telah diketuai oleh Encik Joharudin bin Jusoh, Penolong Pegawai Antidadah dengan bantuan tujuh orang pegawai dari AADK. Seramai 64 orang pegawai daripada pelbagai lapisan gred telah disaring dalam operasi yang berlangsung kira-kira 2 jam dan operasi seumpama ini akan diteruskan di semua bahagian dan negeri secara berkala.


Aktiviti pematuhan ini dilaksanakan bagi memenuhi salah satu fungsi teras penubuhan unit integriti dan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.4 ke arah mendukung hasrat Kerajaan untuk mewujudkan negara dan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman dadah bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat, mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional.



Informasi : Enam fungsi teras penubuhan unit integriti ialah (1)Tadbir Urus, (2)Pengukuhan Integriti, (3)Pengesanan dan Pengesahan, (4)Pengurusan Aduan, (5)Pematuhan dan (6)Tatatertib.


Sumber : Unit Integriti JUPEM



2 Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Guest
Feb 06, 2024
Rated 5 out of 5 stars.

Jupem 👍

Like

Guest
Feb 05, 2024
Rated 5 out of 5 stars.

terbaik JUPEM

Like
  • Facebook
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Jumlah Pelawat

Logo JUPEM

Hakcipta Terpelihara

JUPEM @ 2024

puzzle

Pembangunan Platform

Seksyen Inovasi dan Dokumentasi

bottom of page